Siakap Keli

Angkatan Tentera Malaysia Paling Lemah Di Asia Tenggara – Menteri

Sebuah portal berita berbahasa Malaysia melaporkan bahawa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia kini merupakan angkatan tentera paling lemah di Asia Tenggara.

Menurut portal tersebut, beliau memberitahu bahawa kekuatan pasukan laut, udara dan sebagainya ketika ini berada di tempat paling bawah berbanding negara jiran seperti Vietnam dan Indonesia.

Mohamad Sabu ataupun Mat Sabu turut memberitahu bahawa situasi yang dihadapi pasukan keselamatan negara itu jauh berbeza berbanding era 70-an dimana ketika itu tentera Malaysia adalah yang terkuat di rantau ini.

Lapor portal berita itu lagi, Mat Sabu memberi penjelasan sedemikian ketika menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh Danyal Balagopal Abdullah (HARAPAN-Port Dickson) yang ingin mengetahui mengenai kekangan yang dihadapi pasukan tentera dari segi campur tangan kementerian dan peruntukkan.

Mat Sabu turut mengakui bahawa pasukan tentera menghadapi masalah kekurangan peruntukkan dan kerajaan hanya memperuntukkan RM 1.2 bilion ataupun sekitar 62 peratus daripada yang dipohon.

Portal itu kemudian melaporkan ikrar yang dibuat oleh Mat Sabu yang akan berusaha untuk menjadikan pasukan keselamatan kembali kuat dan merampas kembali kedudukan nombor 1 di Asia Tenggara.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di