Siakap Keli

Ingin Tambat Selera Anak? Ini Resepi Chicken Rice Ball Yang Kini Sedang Tular

Sebagai ibu bapa, salah satu cabaran yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak adalah menambat selera makan mereka.

Anak-anak di usia sedang membesar pastinya lebih gemar menumpukan perhatian mereka terhadap perkara yang lebih menyeronokkan seperti bermain permaianan.

Namun, kesihatan tubuh badan anak-anak haruslah dititik beratkan oleh semua ibu bapa supaya mereka dapat membesar sihat dan cerdas.

Pelbagai cara dan kaedah yang akan dilakukan oleh ibu bapa demi memastikan anak-anak dapat makan makanan yang bergizi.

Entri kali ini akan berkongsi cara unik yang dilakukan Puan Fazarina Mohd Ali dalam mempelbagaikan menu selain menambat selera makan anaknya.

Ikuti resepi mudah membuat Chicken Rice Ball yang pastinya digemari oleh seisi keluarga.

Selamat mencuba.

RESEPI CHICKEN RICE BALLĀ 

Bahan-bahan:

  • Daging ayam kisar
  • Bawang besar*
  • Bawang putih*
  • Lobak merah*
  • Halia -diparut
  • Lada hitam -ditumbuk
  • Garam
  • Beras

Cara-cara:

Sumber Foto: Dreamstime
Sumber Foto: Dreamstime

1. Bahan * dipotong dadu, kemudian campurkan daging ayam kisar, halia, lada hitam, garam/perasa. Gaul sebati.
2. Bulatkan bahan-bahan yang telah digaul tadi menjadi bebola kecil.


3. Kemudian golekkan di atas beras yg telah dicuci bersih.


4. Kukus bebola dalam 15 – 20minit. Siap untuk dihidang.

Sumber- Puan Fazariana Mohd Ali

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar