Siakap Keli

Kawasan Longgokan Sampah ‘Tertinggi’ Di Dunia, Keindahan Gunung Everest Kian Tercemar

Gunung Everest adalah kawasan tumpuan pelancong dari seluruh dunia yang kagum dengan kemegahan puncak tertinggi di dunia itu. Malah, ia menjadi saksi kepada mana-mana manusia yang sanggup mempertaruhkan nyawa bagi mencabar diri untuk menakluk salah satu keajaiban dunia itu.

Namun, Gunung Everest juga tidak terlepas daripada kerosakkan akibat daripada tangan-tangan manusia. Gunung itu, kini mungkin menjadi pusat longgokan sampah yang tertinggi di dunia. Ironinya, sampah yang mencemarkan keindahan gunung tersebut hasil peninggalan daripada pelancong-pelancong yang hadir kerana terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan pada awalnya itu.

Kisah yang mengejutkan ini muncul selepas seorang pendaki gunung yang juga ahli geologi, Alton Byers berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan longgokan sampah dibiarkan dimana-mana sahaja.

Menurutnya, sampah yang ditinggalkan oleh pelancong biasanya akan dibakar atau ditanam oleh penduduk tempatan, namun peningkatan jumlah pengunjung dari waktu ke waktu membuatkan mereka kehilangan arah dan kehabisan tanah kosong untuk digunakan bagi menanam sampah-sampah yang terbiar itu.

‘Untuk berdekad-dekad lamanya, penyedia perkhidmatan pelancongan ke Everest menggunakan publisiti murahan dengan menunjukkan bahawa sampah-sampah yang ditinggalkan di kem-kem telah dibersihkan.

”Semua ini saya anggap sebagai ‘solekkan’ sahaja memandangkan sampah-sampah yang ditinggalkan di kem-kem adalah sampah-sampah yang mudah dipungut dan dibawa turun semula.

”Namun realiti masalah sebenar adalah, bertan-tan sampah seperti bekas makanan keluli, botol plastik, tin minuman alkohol, dan pelbagai lagi sampah berat yang diimport oleh penyedia kemudahan lodge di sini.

”Mereka mengimport barangan daripada luar bagi memenuhi kemahuan pelancong-pelancong yang mencecah sehingga 50 ribu orang setahun. Itu belum lagi dicampur dengan perkhidmatan sherpa yang dibayar oleh pelancong, menjadi jumlah keseluruhan pengunjung ke Everast mencecah 100 ribu orang. 

”Pemilik-pemilik lodge ini menganggap bahawa sampah-samaph ini boleh dibakar. Jadi mereka hanya melonggokkan di tanah-tanah lapang dan berharap ada orang yang mengruskannya (bakar atau tanam),” kata Alton.

Namun katanya, pembakaran sampah-samaph tersebut boleh menyebabkan berlaku pembebasan bahan bertoksik ke udara, manakala jika ia ditanam, bahan-bahan bertoksik itu kemudian akan terbebas dan diserap tanah, sekaligus menjejaskan kualiti tanah pula.

‘Malah, ada pemilik-pemilik kemudahan lodge ini mengakui mereka kekurangan tanah untuk dijadikan tempat pembuangan sampah. Bunyi mungkin agak berlebih-lebih, tetapi hakikatnya jika anda menyusuri jalan di bahagian belakang kemudhan lodge ini atau ditepi-tepi sungai, anda dengan mudah dapat mengesan kewujudan sampah-sampah ini,” katanya lagi.

Alton turut mendakwa bahawa pengunjung-pengunjung ke Everast kini kerap mendapat masalah kesihatan disebabkan sisa-sisa kumbahan manusia tidak diuruskan dengan baik akibat kelemahan sistem sanitasi yang disediakan oleh pemilik lodge.

”Kebanyakkan kemudahan sanitasi dan tangki septik yang disediakan di kemudahan lodge ini bocor ataupun dibina di kawasan terbuka berdekatan dengan kawasan tadahan air seperti sungai.

”Sebanyak lima tan sisa manusia dihasilkan setiap musim di Gunung Everest. Ada yang tidak diuruskan dengan baik dan dibiarkan mencemar kawasan-kawasan sekitar seperti sungai. Jadi tak hairanlah, ramai pengunjung yang mudah jatuh sakit ketika mengunjungi kawasan ini,” katanya.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.