Siakap Keli

Kenali Label PAO Penentu Tarikh Luput Produk Kosmetik, Jadi Tak Perlu Pelik Jika Perfume Dah Tak Wangi Lepas Ini

Seperti bungkusan makanan, tahukah anda bahawa produk kosmetik tidak kira sama ada untuk anda golongan lelaki mahupun wanita, sebenarnya turut mempunyai tarikh luput yang tertera pada bahagian label produk tersebut.

Walaupun produk-produk ini seperti minyak wangi dihasilkan bagi memastikan anda kekal harum selama 24 jam ataupun gincu yang memberikan warna merah menawan pada bibir anda sepanjang hari, pada hakikatnya, tiada apa pun yang kekal buat selama-lamanya, dan anda mungkin terpaksa membuang semua produk kosmetik sebelum ia sempat diguna sehingga habis.

Kenapa perlu dibuang? Selain ia kehilangan kualiti, minyak wangi tidak lagi wangi, bedak menjadi keras dan gincu pudar warnya, produk kosmetik yang telat tamat tempoh sukar untuk digunakan pada kulit selain ia berpotensi memberi masalah kepada kesihatan kulit anda.

Macam mana nak tahu sudah tiba masanya produk-produk kosmetik itu perlu dibuang? Mudah sahaja, lihatlah pada bahagian labelnya. Anda mungkin pernah terlihat satu simbol ini, yang menyatakan tempoh produk tersebut mampu bertahan selepas dibuka namun anda (mungkin) jarang memberikan perhatian khusus kepadanya kan?

Ikon berbentuk penutup krim dibuka tersebut dikenali sebagai PAO atau Period After Opening. Bersama-sama ikon PAO tersebut tertera maklumat mengenai tempoh berapa bulan produk tersebut boleh bertahan selepas dibuka. Pada label diatas, tertera 24 M (month) yang bermakna, ia selamat digunakan dalm tempoh 24 bulan selepas ia dibuka.

PAO mula diguna pakai dalam penglabelan produk kosmetik pada 2005. Penggunaan tersebut diwajibkan oleh Europe Commission dimana semua syarikat pengeluar produk kosmetik perlu meletakkan label PAO pada produk mereka sekiranya produk tersebut mempunyai tarikh luput di bawah 30 bulan.

Walaupun banya negara tidak menjadikan penggunaan label PAO sebagai wajib pada produk kosmertik, namun ia sejak sekian lama menajdi tanggungjawab kepada syarikat kosmetik untuk menggunakan label PAO untuk memaklumkan tarikh luput kepada pengguna-pengguna mereka.

Melalui label PAO, tarikh luput untuk setiap jenis produk-produk kosmetik adalah berbeza antara satu sama lain. Produk-produk berbentuk bedak yang digunakan pada kulit muka biasanya mempunyai ketahanan selama 24 bulan sahaja.

Manakala produk kosmetik seperti gincu pula mempunyai label PAO untuk tempoh setahun sahaja ataupun 12 bulan.

Untuk produk kosmetik seperti maskara pula, ada produk yang mampu bertahan selama 12 bulan dan ada juga hanya mampu bertahan sehingga 6 bulan sahaja.

Jadi lepas ini, anda perlu lah kerap melihat kembali label pada produk kosmetik yang ada dalam beg tangan atau dalam laci kabinet dirumah. So, takdelah anda rasa pelik kenapa minyak wangi dah tak berbau wangi ataupun penggunaan bedak pada kulit muka menyebabkan kulit anda gatal ataupun terkena jangkitan kuman.

Sumber : This Is Insider, Check Fresh

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.