Siakap Keli

Letak Ikan Dalam Tulang Selangka, Cabaran Pelik Kini Jadi Ikutan Ramai

Muncul lagi satu trend pelik iaitu “cabaran ikan dalam tulang selangka” di mana wanita akan mengisi air pada lekukan tulang selangka mereka dan kemudian meletakkan seekor ikan hidup atau lebih bagi menunjukkan sejauh mana badan mereka kurus.

Cabaran kecergasan pelik itu dimulakan di China kira-kira tiga tahun lalu, tetapi baru-baru ini menjadi tular dalam media sosial di negara-negara lain di Asia.

Difahamkan, cabaran seumpama ini telah menjadi popular di China sejak beberapa tahun lalu, apabila orang ramai mula menunjukkan fizikal mereka di media sosial. Tetapi kali ini ia dikatakan sebagai salah satu cabaran paling terbodoh pernah dilakukan.

Bukan sahaja kedalaman lekukan tulang selangka adalah cara yang tidak bagus untuk mengukur tahap kecergasan mereka, tetapi juga merupakan tindakan kejam terhadap ikan.

Siapa tahu berapa banyak ikan malang yang tidak sengaja terjatuh atau terkeluar dari lekukan tulang selangka itu, semata-mata untuk kepuasan hati mereka yang mementingkan diri sendiri ini?

Sebuah taman air di Chingqing juga telah mengadakan pertandingan dengan menjemput wanita meletakkan ikan di lekuk tulang selangka mereka bagi memenangi tikat percuma.

Sumber : odditycentral

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.