Siakap Keli

‘Pondan’ Dipenjara 70 Tahun Rogol Budak Perempuan 10 Tahun Dalam Tandas

Seorang lelaki transeksual, Wyoming telah dijatuhkan hukuman kerana merogol kanak-kanak berusia 10 tahun.

Nama sebenar, Miguel Martinez didapati bersalah ke atas ‘penderaan seksual’ dengan hukuman penjara selama 70 tahun.

Menurut laporan media, kanak-kanak tersebut telah memberitahu salah seorang polis bertugas mengenai ‘serangan’ itu dan menyatakan kesakitan yang dialami sebelum mengalirkan air mata.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan jururawat mengesahkan terdapat kesan melecet dan radang di bahagian sulit.

Menurut dokumen mahkamah, polis melaporkan suspek ketika serangan berada dalam keadaan mabuk dan mengeluarkan bahasa kesat.  Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan, mabuk dan penderaan seksual.

Sumber: CBN

Nur Farra