Siakap Keli

Sanggup Tak Makan Sebab Nak Simpan Duit, Budak Darjah 5 Dah Pandai Beli Produk Besarkan Payudara

Di usia kanak-kanak dan remaja, mereka mudah terpengaruh dengan perkara negatif yang berlaku di sekeliling. Jika tidak dipantau oleh ibu bapa, anak-anak ini boleh membesar dengan budaya yang tidak sihat, sekaligus memberi kesan yang tidak baik kepada masa depan mereka.

Pendedahan satu kes berdasarkan pengalaman seorang perunding motivasi Puan Sri A’jilah Mohd Samsir melalui laman facebooknya ternyata mengejutkan. Bayangkan, anak di bangku sekolah rendah, seusia 11 tahun sudah pandai membeli produk membesarkan payudara.

Alasannya malu kerana aset tidak besar seperti kawan-kawan yang lain. Dari mana dia dapatkan wang? Dengan menyimpan duit sakunya, rela berlapar dari makan sewaktu rehat.

Sedih bila mengenangkan kanak-kanak sudah terdedah dengan perkara begini. Baca perkongsian di bawah ini sebagai pengajaran bahawa anak-anak kita ternyata sudah matang sebelum usianya.

Saya ingatkan, bila budak sekolah rendah dah pandai order produk pemutih & produk kurus tu dah cukup pelik.

Kita dulu mana la sempat nak fikir pasal cantik dan putih. Berlari bawah terik panas sampai kulit muka terbakar, main cop tiang sampai tudung naik hitam.
Rupanya, ada lagi pelik dari tu.

Budak perempuan tahun 5, baru datang bulan, dan mungkin itu sebab utama dia rasa dewasa. Budak ni order produk untuk membesarkan payudara.

Budak sekecil ni, beli produk membesarkan payudara?

Gambar Hiasan

Otak rasa macam tak boleh nak proses benda ni. Macam tak logik! Kenapa budak sekecil tu boleh terfikir nak beli produk membesarkan payudara? Perjalanan tumbesaran badan dia masih jauh lagi.

Budak ni, sanggup tak makan waktu rehat. Tengok je kawan-kawan lain makan, dan dia cuma togok air kosong semata-mata sebab nak simpan duit.

Bila ditanya, katanya dia malu ada aset yang kecil tak macam si A. Si A ni memang agak gempal tinggi orangnya. Muka ala-ala arab, dengan hidung mancung, kulit putih, mata bundar. Dia nak jadi macam si A ni sebab dia ada terdengar perbualan antara budak lelaki yang dia minat dengan kawannya. Budak lelaki tu kata, suka tengok si A ni sebab ada t***k yang besar.

Mengucap panjang dibuatnya.

Umur sebegitu bukan masanya untuk fikir tentang payudara kecil atau besar. Yang budak lelaki tu pun, kemain gatal sangat mata dia. Bila ditanya, sanggup dia bersumpah bermati-matian yang dia tak pernah cakap macam tu. Hadoiiii.

Peranan ibu bapa sangat penting. Beritahu anak-anak tentang akil baligh, beritahu anak-anak tentang mandi wajib, beritahu anak-anak tentang perubahan bentuk badan selepas akil baligh. Biar mereka tahu dan bersedia lebih awal tentang struktur tubuh mereka sendiri.

Memang ramai ibu bapa yang malu nak beritahu semua ni. 90% ibu bapa yang saya jumpa, memang tak pernah bincang dengan anak-anak hal-hal sebegini.

Ibu ayah,
Anak-anak kita makin advance. Biar mereka jadikan kita sebagai tempat rujukan, bukan kawan-kawan yang mungkin boleh rosakkan fikiran mereka.

Sri A’jilah Samsir
Inilah padahnya bila jadi cantik lebih penting daripada jadi pandai.

Sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di