Siakap Keli

Saya Masak Kuey Teow Goreng Untuk Tunang Guna Saki Baki Duit Gaji, Tapi Dia Suap Mulut Jantan Lain

Bila sudah berada dalam ikatan pertunangan, pastinya sesuatu hubungan itu sudah berada dalam fasa yang serius. Tapi, tidak dinafikan ujian yang datang sewaktu bertunang itu kadang kala membuatkan hubungan yang terjalin lama pun boleh bergoyah. Bak kata orang tua-tua, waktu inilah pasangan ‘berdarah manis’ dan mudah ditimpa dugaan.

Seperti apa yang berlaku kepada lelaki ini apabila dia diduga bila melihat tunangnya tergamak curang dengan lelaki lain di hadapan mata. Dia yang pada mulanya ingin menghantar kuew teow goreng yang dimasak sendiri kepada wanita itu tapi terpaku apabila melihat insan yang disayangi sedang menyuap nasi ke mulut lelaki lain. Hati lelaki mana yang tidak remuk?

Benarlah, setia itu mahal harganya. Moga kisah ini boleh dijadikan ikhtibar dan pengajaran kepada semua pasangan agar menghargai insan yang ikhlas mencintai anda. Ikuti kisah yang diceritakan semula oleh Qadeerrr melalui laman twitter berkenaan kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri.

Disapa oleh seorang lelaki ketika di bank.

Abang nampak tak awek pakai baju hijau muda kat kedai makan tu? Itu tunang saya.

Masak mee untuk tunang dengan saki baki gaji bulan ini tapi dia tergamak curang.

Air muka lelaki itu sangat kecewa.

Moga Allah kurniakan kekuatan kepada ‘brader’ itu.

Sumber : Twitter TanSriKadir

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.