Siakap Keli

Askar Israel Pernah Tembak Mati Seorang Remaja Palestin Dinaikkan Pangkat

TEL AVIV – Seorang askar yang pernah menembak mati seorang remaja lelaki pada tahun 2015 lalu kini dinaikkan pangkat.

Askar tersebut, Kolonel Yisrael Shomer yang sebelum ini pernah mengetuai Brigade Binyamin dirakam menembak Muhammad Ali-Kosba, 17 pada 3 Julai 2015 selepas remja itu membaling batu ke arah kenderaan tentera di Tebing Barat.

Selepas insiden itu berlaku, siasatan yang dilakukan mendapati Shomer bertindak “mengikut prosedur untuk menangkap suspek” dimana dibenarkan menembak tembakan amaran ke udara diikuti oleh dua peluru yang ditujukan kepada kaki remaja terbabit.

Bagaimanapun, tembakan Shomer tidak tepat dan peluru mengenai dada Kosba, menurut laporan siasatan yang dipetik dari portal Haaretz.

Selain, terdapat laporan dari media tempatan bahawa sebenarnya terdapat tiga luka tembakan, satu di muka dan dua di belakang badan remaja Palestin tersebut.

Difahamkan, tentera Israel telah menutup kes berkenaan dan mengambil kira bahawa askar ini tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan dia kini dinaikkan pangkat dan mengetuai Brigade Nahal.

Sumber- Haaretz

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar