Siakap Keli

(Video) Nak Buktikan Kopi Dijual Anti Racun, Sanggup Bagi Makcik Minum Air Kopi Campur Cecair Peluntur

Satu rakaman video tular semalam apabila seorang lelaki memuat naik video penggunanya dengan produk kopi yang dijual.  Isu ini timbul apabila gambar seorang wanita pertengahan umur dilihat meminum secawan kopi dengan campuran Clo***.

Kopi tersebut dikatakan mempunyai fungsi anti-racun dan anti-kanser.  Pelik kalau difikirkan, tak tahu sejauh mana kebenarannya.  Tapi, jika difikirkan logik, Clo***ini hanyalah digunakan sebagai peluntur fabrik yang memang tak boleh diminum apatah lagi dihidu kerana baunya sangat kuat dan menyakitkan hidung.

Menurut portal eduardodamy, peluntur Clo*** ini boleh memudaratkan manusia jika dicerna atau dihirup atau ia kekal pada kulit terlalu lama.  Keratan utusan pada Disember 2006 juga menceritakan kisah tragis 3 beradik mati kerana meminum bahan peluntur tersebut.

Pengeluar bahan peluntur ini juga telah melabelkan tanda amaran pada setiap botol keluaran mereka bahawa produk ini tidak sesuai untuk ditelan. Rata-rata netizen yang mengulas video ini juga turut menyatakan kebimbangan wanita tersebut yang berani mencampurkan kopi tersebut dengan peluntur.

Kita tak tahu sejauh mana bagusnya produk kopi yang dijual ini, mungkin ia benar-benar baik untuk tubuh badan, tetapi, sudah terang lagi bersuluh, bahan daripada peluntur itu memang tak sesuai langsung untuk ditelan.  Dimanakah rasionalnya?

Sumber: Facebook 

Nur Farra