Kalau anda suka bermain aplikasi permainan Pokemon Go, atuk ini mungkin dapat menandingi kecintaan anda pada permainan itu.
Manakan tidak, Chen San-yuan, 70, menggunakan sebanyak 11 telefon pintar bagi menangkap haiwan Pokemon tersebut.

Gambar yang menunjukkan dia berada di kawasan taman di bandar New Taipei City, Taiwan dengan pemandangan luar biasa itu menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan Metro UK, warga emas itu memasang kesemua telefon pintar itu ke basikalnya yang dilengkapi dengan caj bateri dan menghabiskan masa terluangnya untuk menangkap Pokemon di jalan atau di taman.

Chen terlalu menggemari aplikasi permainan tersebut dan kadangkala dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 4 pagi.
Tapi 11 telefon pintar itu nampaknya belum cukup lagi. Dia yang dikenali sebagai ‘Pak Cik Pokemon’ mahu menambah telefon pintarnya kepada 15 buah.

Sumber : Metro UK