Siakap Keli

Bunuh Dan Liwat Budak Lelaki 10 Tahun, 3 Lelaki Dihukum Tembak Dan Mayat Digantung Di Tempat Awam

Balasan setimpal buat pengamal pedofilia. Tiga lelaki terpaksa menanggung derita pabila dijatuhkan hukuman tembak sampai mati dan mayat mereka digantung dengan kren di tempat awam, dalam kejadian yang berlaku di Yemen.

Ketiga-tiga suspek didapati bersalah kerana mengamalkan perilaku songsang pedofilia dan merogol serta membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Suasana mengerikan itu mendapat liputan dunia apabila beberapa gambar tersebar di media sosial. Di peringkat awal, semua suspek yang berseluar dan berbaju biru di arah di jalan awam di banda Sana’a terlebih dahulu.

Dengan keadaan tangan bergari, kesemua suspek diarahkan tunduk sebelum masing-masing ditembak di bahagian jantung sebanyak lima kali.

Berakhir sahaja hukuman tembak tersebut, kesemua mayat suspek kemudian digantung pada satu tali sebelum ditarik tinggi menggunakan kren dan dibiarkan buat sementara sebagai bentuk pengajaran dan amaran kepada orang ramai hukuman yang menanti untuk pengamal pedofilia.

Yeman, negara yang berjiran dengan Arab Saudi adalah antara negara tertinggi yang melaksanakan hukuman mati kepada penjenayah-penjanayah seperti penjenayah rogol, pembunuh dan pengganas.

Sebanyak 50 negara di seluruh dunia masih menjalankan hukuman mati dan Amerika Syarikat adalah salah sebuah negara kuasa besar (G7) yang masih mengekalkan hukuman tersebut.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Satu komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di