Siakap Keli

Bilik Bau Semerbak, Anak Menangis Tunjuk Benda Tu – Resort Cantik Terkenal Rupanya Berhantu

Bagi yang sukakan suasana alam semulajadi, resort yang berada di tengah kehijauan rimba sambil menikmati pemandangan gunung-ganang ditemani deruan air terjun salah satu yang akan menjadi pilihan. Rasa tenang je menghirup suasana nyaman jauh dari hiruk pikuk kota bersama insan tersayang.

Namun, bayangkan jika percutian anda itu turut ‘ditemani’ oleh ‘orang’ lain. Bukan mahu menakutkan tetapi perkongsian pengalaman oleh Sha Hassan ketika bercuti di sebuah resort terkenal di hutan rimba dalam negara ini cukup membuatkan bulu roma meremang.

Diganggu sewaktu malam dengan kejadian yang aneh, anak kecilnya juga tidak berhenti menangis mungkin kerana diganggu. Mahu berhubung dengan tempat luar pun langsung tiada liputan telefon. Rupanya terdapat cerita dari penduduk setempat mengenai sejarah resort tersebut. Seram !

Al kisah.. Memula masuk jalan nya nauzubillah scary gila.

Gambar Hiasan

Betul-betul dalam hutan, jalan kecik dan masuk punya la jauh. Sampai-sampai memang resort ni je ada. Keliling dia memang hutan je. Awal-awal semua taubat dah tak nak mai. Resort dia lawa, tapi versi kayu kayu gitu plus hutan sekeliling so memang kusss semangat.

Sampai petang tu letak-letak bag semua kitaorang ready nak bbq. Lepas settle bbq dalam pukul 10 malam sha masuk bilik staff perempuan, lelaki semua dok main monopoly kat luar. Sorang staff laki pegi cari sha dekat bilik sha.

Gambar Hiasan

Dia tengok sha ada dalam bilik tu so dia panggil punya panggil sha diam je dia pun pelik u-turn balik pegi dekat tempat org lain lepak. Lebih kurang sejam pastu sha keluar dari bilik lain staff pompuan terkejut “aikk puan ada kt sini ?? Tadi am kata puan ada kat bilik puan” Nak terkecing aku !

Malam tu semua tak leh tido. Kiri kanan hutan tebal takda rumah orang. Scary gila dah la takda connection langsung. Line zero ! Nak call keluar masuk pun tak lepas. Last-last tidur satu bilik je perempuan kat atas, lelaki kat bawah. Pukul 3-4 pagi walkie talkie tengah charge dok buat bunyi tak berhenti. Uii seram.

Esok petang kitorang balik semula resort dari bandar, sha tanya pekerja kat situ, “Sini ada hantu ke?” dia senyum je lepastu dia kata “memang ada tapi kalau dia cerita nanti takut pulak. Buat tak tau je, kalau jumpa tu rezeki” choiii kau rezekikan dia. Terus rasa nak balik, dah la pekerja kat situ kerja sampai pukul 10 je pastu takda orang dah. Tinggal lah kitorang je.

Hari kedua masing-masing tidur bilik sendiri. Malam tu lelaki semua dok lepak kat luar lagi main game, sha ajak sorang staff teman masuk je bilik semerbak bau bunga. Si rayyan pulak nangis mengamuk tunjuk-tunjuk. Bila panggil orang lain masuk, takdea pulak bau tu.

Gambar Hiasan

Adoii jam masuk pukul 3 pagi sha dok dalam selimut tak boleh lelap sampai ke sudah. Berpeluh-peluh ! Lampu oren malap dok nyala mati nyala mati. Sebijik cerita seram dalam tv ! Pukul 4 pagi start bunyi knock knock dekat kepala katil. Kitaorang tolak meja, ingatkan ada binatang. Senyap jap, sambung bunyi balik sampai ke subuh.

Ada sorang akak tinggal dekat kampung tu pesan, situ tempat keras. Benda tu suka menyamar jadi “kawan-kawan kita” lepastu kalau jumpa dia akan tenung kita. Kalau bagi salam, dia nangis/lari.

Gambar Hiasan

Dulu ada mat saleh stay kat situ hilang sampai sekarang tak jumpa. Kena sorok, mayat pun tak jumpa-jumpa. Mak kawan akak keja situ dulu selalu kena sampuk. Biasa la kan dalam hutan memang ada benda mcm ni lagi-lagi kat situ ramai orang buang benda tak elok.

Kitaorang balik sampai sekarang tak berani buka gambar-gambar yang ambik malam-malam tetiba bertambah lagi sorang ahli aiyakk. Oh lupa, balik-balik terkejut tengok kaki lebam-lebam macam kena gigit hantu. Tapi bila search google takda pula orang cita, mungkin dia kacau spesis yang lemah semangat je kot.

Sumber : Instagram shahasan22

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.