Siakap Keli

Honor Play Hadir Dengan Teknologi Yang Dasyat & Nilai Menakjubkan

Tahun 2018 telah menjadi antara tahun yang paling sibuk bagi industri telefon pintar global. Mana tidaknya, boleh dikatakan hampir setiap bulan pasti ada saja model-model baru yang ditawarkan oleh para pengeluar.

Berita baik tentang perkara ini, peranti-peranti yang dilancarkan hadir dengan pelbagai fungsi dan ciri menarik. Berita buruknya pula, oleh kerana teknologi yang digunakan semakin canggih, harga peranti juga semakin meningkat saban hari.

Itu belum lagi bercakap tentang peranti yang dikhaskan untuk bermain permainan mudah alih. Pasti kita membayangkan perbelanjaan wang yang banyak untuk memilikinya bukan? Bagaimana pula jika kami katakan anda mampu miliki peranti gaming dengan harga serendah RM 1,249?

Ya, kini anda mampu melakukannya dengan peranti keluaran terbaru Honor iaitu Honor Play. Dilancarkan di pasaran Malaysia pada 7 Ogos lalu, kami boleh katakan ianya adalah peranti dengan inovasi baru dan nilai harga yang terbaik buat masa ini.

Walaupun diklasifikasikan sebagai peranti atasan kelas pertengahan, ia hadir dengan cip pemprosesan premium HiSilicon Kirin 970 yang digunapakai oleh kebanyakan peranti perdana Huawei.

Kirin 970 yang digunakan juga hadir dengan kecerdasan buatan(AI) dengan unit pemprosesan neural(NPU). Dan cip secanggih itu tidak sepatutnya berada di dalam sebuah peranti yang berharga tidak sampai RM 1,500.

Tidak cukup dengan itu, Honor Play juga datang dengan satu fungsi istimewa yang belum pernah dimiliki oleh mana-mana peranti di dunia sebelum ini. Keistimewaan yang dimaksudkan ialah GPU Turbo.

Teknologi ini adalah ciptaan terbaru daripada Huawei di mana ia diciptakan khas untuk merangsang prestasi unit pemprosesan grafik peranti, seterusnya memberikan lebih kepuasan dalam bermain permainan video kepada setiap pemiliknya.

GPU Turbo merupakan satu teknologi yang lebih menfokuskan intergrasi di antara perisian dan perkakasan untuk meningkatkan prestasi peranti. Langkah ini adalah sesuatu yang berbeza kerana sebelum ini, pengeluar sering menfokuskan untuk menggunakan perkakasan dalaman yang lebih baik untuk tujuan berkenaan.

Prestasi unit pemprosesan grafik Honor Play dapat dipertingkatkan sehingga 60%. Teknologi ini menjanjikan permainan kegemaran anda seperti Mobile Legends : Bang Bang dan PUBG Mobile dapat dimainkan dengan kualiti grafik yang terbaik tanpa sebarang masalah.

Sebagai contoh, permainan PUBG Mobile adalah salah satu permainan video mudah alih yang mempunyai kualiti grafik yang paling tinggi ketika ini. Dan dengan teknologi GPU Turbo ini, PUBG Mobile dapat dimainkan dengan tetapan grafik yang tinggi tanpa sebarang masalah lagging.

Bukan itu sahaja, ia juga akan menjimatkan penggunaan bateri sehingga 30%. Dalam kata lain, tidak cukup dengan lebih kualiti grafik, anda juga akan dapat berseronok bersama rakan-rakan sambil bermail permainan kegemaran anda dengan lebih lama hasil sokongan GPU Turbo ini.

Selain itu, Honor juga menjanjikan pengalaman bermain 4D dengan fungsi kecerdasan buatan(AI)/ Ciri yang digelar ‘4D Gaming Experience with Smart Shock’ ini akan memberikan anda rasa yang sama seperti bermain menggunakan konsol permainan video.

Ia juga dilengkapi dengan sistem ‘3D Gaming Sound Effect’ bagi memberikan anda kelebihan dalam setiap permainan berbanding pihak lawan. Bermain PUBG Mobile pastinya lebih menyeronokkan apabila anda dapat mendengar dan mengesan setiap pergerakan musuh dan arah serangan pihak musuh.

Walaupun dikenali sebagai peranti yang menfokuskan permainan video, Honor Play juga mampu menghasilkan gambar dengan kualiti imej yang memberangsangkan, tidak kira melalui kamera utama mahupun kamera swafotonya.

Honor Play bukan sahaja hadir dengan dwi-kamera utama 16MP + 2MP dan kamera hadapan 16MP, malah dengan bantuan AI NPU, peranti ini juga dapat mengesan 22 kategori dengan 500 senario berbeza menggunakan kameranya.

Pendek kata, dengan sokongan GPU Turbo, 4D Gaming Experience dan 3D Sound Effects serta penggunaan cip Kirin 970, mudah untuk kami katakan bahawa Honor Play adalah peranti dengan nilai terbaik bagi bermain permainan video seperti PUBG Mobile & Mobile Legends yang berada di pasaran hari ini.

Honor Play ditawarkan pada harga RM 1,249 mulai 10 Ogos di seluruh negara. Malah, kalau anda berada di kawasan IOI City Mall dari 10-14 Ogos ini, anda mungkin layak untuk mendapatkan hadiah dan aksesori tambahan bernilai RM 547!

Ini kerana Honor Malaysia sedang mengadakan roadshow bagi mempromosikan produk mereka termasuk Honor Play pada tempoh tersebut di sana. Jangan tunggu lagi atau anda mungkin rugi besar.

Antara hadiah yang bakal anda bawa pulang ialah baucar PUBG Mobile bernilai RM 60, pelindung skrin dan casing peranti Honor Play. Selain Honor Play, peranti yang terlibat dengan roadshow kali ini ialah Honor 10, View 10 dan Honor 9 Lite.

Senarai penuh peranti dan hadiah menarik yang terlibat adalah seperti di bawah :

Percayalah, Honor Play ini memang berbaloi-baloi untuk dimiliki jika anda ingin menjadi seorang gamer yang sejati.

Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya sekarang melalui laman rasmi hihonor Malaysia dan kedai rasmi Honor di Shopee dengan segera. Kini masanya untuk #playmorepayless dengan Honor Play.


Haikal Ariff

I don't care what people think, because people don't think