Siakap Keli

”Saya Mahu Menjadi Orang Hebat”, Para Doktor Tunduk Hormat Pada Mayat Wira Kecil Berumur 11 Tahun

Sudah menjadi impian setiap kanak-kanak mahu membesar menjadi superhero, mempunyai kekuatan seperti Hulk, bisa terbang seperti Superman apatah lagi memecut laju seperti The Flash. Tetapi tiada sesiapa pun yang benar-benar menjadi seorang superhero seperti yang diangan-angankan sedari kecil lagi.

Tetapi tidak buat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ini. Cita-citanya mahu menjadi seorang wira benar-benar menjadi kenyataan. Liang Yaoyi yang berasal daripada Guangdong, selatan China ini berjaya menjadi seorang wira yang luar biasa dan memberi manfaat serta menyelamatkan nyawa orang lain. Wira kecil ini menanggung derita penyakit kanser sejak berusia 9 tahun lagi, pelbagai rawatan yang dilaluinya tidak lagi mampu melawan kanser yang semakin meragut nyawanya sedikit demi sedikit.

Ketika Liang merasakan nyawanya semakin tiba ke penghujung, dia menyatakan hasrat kepada ibunya bahawa dia ingin mendermakan organ dalamannya suapaya ia dapat digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak lain. Menurut ibunya, Liang membuat keputusan tersebut kerana pernah membaca mengenai penderma yang menderma tulang sumsum untuk merawat penyakit luekemia ketika di sekolah.

”Saya telah melihat orang melakukan kebaikkan, jadi saya juga ingin melakukan satu kebaikkan. Saya fikir mereka adalah orang yang hebat dan saya mahu menjadi kanak-kanak yang hebat,” kata Liang kepada ibunya.

Liang dikhabarkan meninggal dunia pada 6 Jun yang lalu dan para doktor berjaya membedah dan memindahkan organ hati serta buah pinggangnya kepada pesakit lain. Semua staf perubatan yang ada disamping Liang sehingga ajalnya dijemput dikatakan merasa sangat sedih dan tersentuh dengan kebaikkan serta sikap tidak pentingkan diri Liang. Dan ini dibuktikan apabila sekeping gambar dimana kumpulan staf perubatan ini memberi tunduk hormat sebanyak tiga kali kepada Liang di atas keberaniannya.

Bagi semua staf perubatan itu, Liang mati sebagai seorang wira, namun sebahagian daripada dirinya akan terus hidup bersama-sama penerima organ hati dan buah pinggangnya.

Di China, ia sudah menjadi tradisi dimana para doktor akan memberikan tunduk hormat sebanyak tiga kali kepada penderma-penderma organ yang masih hidup atau meninggal dunia kemudiannya.

Seorang kanak-kanak perempuan dikatakan meninggal dunia disebabkan kecederaan parah pada otaknya. Namun doktor sempat menyelamatkan beberapa organ dalamannya antaranya hati dan buah pinggang.

Staf perubatan memberikan tunduk hormat kepada seorang penderma organ di sebuah hospital di wilayah Kunming pada 2013.

Jururawat dan doktor ini dikatakan memberi tunduh hormat kepada mayat seorang kanak-kanak selepas ibu bapanya membuat keputusan untuk menderma organ dalaman anak mereka untuk manfaat orang lain.

Sumber : Celebwide, IFLScience

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.