Siakap Keli

Sejak Guna Aplikasi BabyCam Ini, Mak Dah Tak Risau Buat Kerja Rumah Dan Tinggal Anak Tidur Di Bilik

Antara cabaran untuk seorang ibu apabila perlu menjaga anak kecil dan menjadi suri rumah adalah bagaimana mahu melaksanakan kedua-dua tanggungjawab tersebut serentak. Betul tak?

Kalau diberi perhatian sepenuhnya kepada anak kecil, boleh jadi tergendala semua kerja di dapur. Kalau asyik uruskan rumah pula, anak asyik tak tenang. Malah, hati si ibu pun sebenarnya tak tenang nak tinggal anak lama-lama berseorangan di ruang tamu atau di dalam bilik.

Risau anak menangis, si ibu di dapur tak dengar pulak. Boleh jadi anak-anak kecil ini bergerak sendiri sehingga mungkin boleh terjatuh daripada katil dan mencederakan diri sendiri. Jadi, apa nak buat?

Apa kata anda ikut sahaja saranan yang dibuat oleh Puan Nurul Wafa ini. Dia berkongsi pengalamannya sendiri berhadapan dengan situasi seperti yang kami ceritakan di atas.

Menurut Puan Nurul Wafa, dia menemui penyelesaian apabila memuat satu aplikasi yang membolehkannya membuat kerja di dapur dengan tenang dan dalam pada masa yang sama boleh memantau keadaan anaknya di bilik tidur. Jom baca perkongsiannya di bawah.

Simptom mak-mak bila buat kerja didapur terngiang-ngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur.

Terpaksa lah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan hand phone pun memang ada 2.

Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab apps ni ada noise dan cry recognition. Jadi boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air.

2nd device yang mommy guna takde active simcard pun. Just connect dengan hotspot 1st device.

Syok tidur yee. 1st device mommy letak kat katil untuk monitor Afeeya.

1st device setup as Baby Station. 2nd device setup as Parent Device.

Kena pair kedua-dua device tadi.

Now Afeeya tengah tidur dengan lena nya. Mommy nak pagi makan dengan tenang.

Noise detected.

Biasa bila terjaga dari tidur Afeeya tak terus menangis. Dia akan panggil-panggil mommy dulu. Bila mommy tak muncul-muncul baru dia menangis.

Menangis dah dia.

Sementara nak sampai ke bilik tu boleh on microphone untuk bagi dia dengar suara kita supaya dia lebih tenang.

Jadi lepas ini, anda sebagai ibu boleh lah muat trurun aplikasi ini dan ianya percuma. Semoga bermanfaat.

Sumber : Nurul Wafa

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.