Siakap Keli

Selangor Hadiahkan RM1,000 Untuk Pasangan Baru Berkahwin

Persiapan perkahwinan pastinya akan melibatkan kos yang tinggi.  Belum lagi cerita hal selepas berkahwin.  Melayari alam rumahtangga sebenar apabila masing-masing sudah duduk berasingan dengan keluarga dan memikul peranan hakiki sebagai suami dan isteri.

Tapi, menurut pandangan Islam, perkahwinan itu harus dimudahkan.  Cukuplah dengan majlis pernikahan yang kecil dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.  Oleh itu, dalam usaha Kerajaan Negeri memudahkan rakyat Selangor dalam urusan pebelanjaan perkahwinan, pasangan pengantin kini akan diberi manfaat melalui Program Insentif Perkahwinan Belia yang membolehkan setiap seorang mendapat RM500 daripada Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Program ini adalah dibawah YAWAS mulai Januari 2017 dan tahun ini ia berada dibawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

Salah satu daripada tujuan program ini digubal adalah untuk membantu menjimatkan kos pasangan pengantin yang kurang berkemampuan dengan situasi ekonomi masa kini yang akan meruncingkan.  Nak tahu apakah kelayakan dan cara-cara untuk memohon?

SYARAT PERMOHONAN

MAKLUMAN UTAMA
  1. Pemohon mestilah menepati syarat-syarat permohonan
  2. Permohonan hanya sekali dan perlu dilakukan secara atas talian (online)
  3. Sila pastikan Sijil Nikah atau Sijil Pendaftaran Kahwin telah di sediakan sebelum mengisi borang
  4. Permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dipertimbangkan
  5. Sebarang rayuan tidak akan diterima
  6. Setiap permohonan IPB adalah secara individu dan permohonan perlu dibuat secara berasingan bagi pasangan suami isteri yang layak
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;
  3. Lahir di luar Negeri Selangor DAN
    1. Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
    2. Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
  4. Berumur 35 tahun ke bawah sewaktu permohonan dibuat.
  5. Perkahwinan kali pertama sahaja
  6. Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh perkahwinan
  7. Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran dokumen dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh perkahwinan
  8. Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja
DOKUMEN SOKONGAN YANG WAJIB DIHANTAR
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
  3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
  4. Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)
    * Anda perlu menggunakan borang yang dikeluarkan oleh YAWAS sahaja. Borang boleh didapati setelah mendaftar online dan dicetak bersama borang permohonan
CARA PENGHANTARAN DOKUMEN
  1. Serah di Pejabat YAWAS
  2. Pusat Khidmat Masyarakat DUN terdekat
  3. Kaunter YAWAS di JPN terpilih

CARA MEMOHON

Untuk maklumat lanjut atau untuk muat turun borang permohonan, korang boleh terus layari laman web rasmi YAWAS dan jangan lepaskan peluang ini ya.

Nur Farra