Siakap Keli

(Video) Kemalangan Ngeri Lori Tangki Minyak, Api Marak Umpama Letupan Bom Besar Di Tengah Jalan

Tular satu rakaman video yang menunjukkan saat-saat sebuah lori tangki minyak yang terlibat dalam kemalangan apabila melanggar sbahagian belakang sebuah trak, dalam kejadian yang berlaku di Itali baru-baru ini.

Kemalangan tersebut menyebabkan berlakunya satu letupan dahsyat seolah-olah ledakan sebutir bom besar yang menyaksikan seorang maut dan berdozen-dozen lagi cedera parah.

Rakaman Kamera Pengawasan Litar Tertutup itu menunjukkan lori tangki minyak itu dipandu dengan laju dan dipercayai pemandunya tidak sempat memeperlahankan kenderaannya sebelum menghentam lori dihadapan.

Tidak lama selepas beberapa orang pemandu bergegas menjauhkan kenderaan masing-masing daripada kawasan kemalangan, secara tiba-tiba satu letupan berlaku akibat lori tangki minyak itu yang terbakar.

Pihak berkuasa Itali mengesahkan mangsa yang meninggal dunia adalh pemandu lori tangki minyak tersebut yang berusia 41. Manakala kira-kira 70 orang lagi awam tercedera dengan sesetengahnya mendapat kecederaan luka terbakar yang teruk.

Bencana kemalangan itu sangat dahsyat sehinggakan Perdana Menteri Itali sendiri, Giuseppe Conte turun melawat lokasi nahas dan mengarahkan siasatan rapi dijalankan supaya kejadian seumpama tidak berulang lagi.

”Saya sebagai wakil kerajaan ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat dan penting untuk memahami kejadian ini bagi mengelakkannya ia daripada berulang di masa hadapan,” kata beliau.

Pihak pendakwaraya kini membuka kertas siasatan bagi mencari punca kepada kemalangan ngeri melibatkan lori tangki minyak yang membawa gas cecair petroleum (LPG).

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=jRbYWML8EO8]

 

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.