Siakap Keli

(Video) NASA Lancar Misi Berani Mati Awal Pagi Esok, Mahu Hantar ‘Tangan’ Untuk ‘Sentuh’ Matahari

Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeuronatik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat mendedahkan rancangan berani mati lagi bersejarah mereka yang mahu ‘menyentuh’ matahari.

Satelit yang dikenali sebagai Soalar Parker itu akan menjadi ciptaan pertama manusia yang akan terbang menghampiri bahagian corona matahari, lapisan paling luar bintang tersebut.

”Parker Solar akan mengrevolusikan pemahaman kita terhadap matahari,” memetik kenyataan daripada laman sesawang NASA.

Menurut NASA, Parker Solar akan dilancarkan pada 11 Ogos, 3.33 pagi ini menggunakan roket berat United Launch Alliance Delta IV daripada tapak pelancaran Kompleks 37, Cape Canaveral Air Force Station. Parker Solar dijangka akan menjalankan misi selama tujuh tahun seperti yang dirancangkan NASA.

Satelit tersebut dijangka akan berhadapan dengan kepanasan melampau dan radiasi dalam perjalannya menuju lokasi dimana satelit tersebut berada kira-kira 6.16 juta kilometer daripada matahari. Di kedudukan ini, Parker Solar dijangka akan berhadapan dengan suhu sepanas 1,377  celcius.

Jarak yang ditetapkan ini adalah tujuh kali lebih dekat berbanding jarak Helios 2, satelit pertama yang menghampiri matahari dengan jarak paling dekat iaitu 43.4 juta kilometer pada tahun 1976. Manakala purata jarak antara bumi dengan matahari adalah 149,668,992 kilometer.

Memanfaatkan graviti daripada planet Venus, Parker Solar akan melengkapkan tujuh flyby dalam tempoh tujuh tahun sebelum mengahmpiri orbit paling dekar matahari. Ketika berada dalam orbit paling dekat dengan matahari, satelit ini akan bergerak dengan kelajuan 430,000 mph.

Para saintis berharapa misi bernilai USD 1.5 bilion ini bukan sahaja membantu manusia untuk memahami dinamik matahari, tetapi turut membantu manusia memahami berbilion-bilion lagi bintang kuning yang lain.

Difahamkan, matlamat utama NASA adalah untuk cuba memahami dan dapat meramalkan tingkah laku angin solar yang mencetuskan paparan aurora pada bumi dan kadang kala mencetuskan gangguan pada grid kuasa serta satelit.

Projek ini pertama kali dicadangkan kepada NASA pada tahun 1958 sebelum ia menjadi realiti 60 tahun kemudia. Kapal angkasa ini diberi nama Parker Solar bersempena nama seorang saintis, Dr. Eugine Parker, seorang ahli fizik solar.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=i_z19KPvV1w]

 

Sumber : Fox News, Express Co, CBS News

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.