Siakap Keli

Comel Memang Comel, Namun Ibu Bapa Kena Kawal Supaya Bayi Pandai Kawal Emosi

Emosi merupakan satu rangsangan yang pelbagai dan memberi reaksi serta tingkah laku yang berbeza-beza bagi setiap orang. Emosi merangkumi beberapa faktor luaran dan dalaman mengikut pemikiran individu. Tetapi, bagaimana pula dengan emosi bayi?

Bayi menunjukkan emosi mereka dengan berbagai cara. Kalau si manja merasakan tidak selesa, mereka akan sama ada menangis, mengejangkan tubuhnya atau menggerak-gerakkan tangannya sambil menendang-nendangkan kakinya ke sana ke mari seperti seseorang yang sedang membentak.

Mereka masih tidak mampu untuk bercakap dan memberitahu kita jika mereka tidak selesa atau menginginkan sesuatu, jadi dengan cara ini mereka meluahkan apa yang mereka inginkan. Menjadi tugas ibu bapa untuk memahami maksud tersurat dan tersirat melalui tingkah laku dan pergerakan bayi anda.

Gambar : beautifulbreastfeeding.com

Kesemua ekspresi bayi ini memiliki berbagai makna lain ketika bayi membesar. Setiap satu emosi bayi memberi pelbagai makna yang harus ibu bapa ketahui. Contohnya seperti apabila seorang bayi menangis, tidak semestinya mahu susu saja. Oleh itu, berikut adalah emosi bayi dan maksudnya.

Menangis

Gambar : WholeBodyLLC.com

Terdapat empat jenis tangisan. Tangisan yang paling utama bagi bayi adalah menangis kerana lapar. Tangisan ini bersifat sedikit berirama. Tangisan bayi yang kedua adalah tangisan marah dan dapat dikenal pasti apabila bayi menangis dengan irama yang berbeza-beza(1).

Tangisan ketiga, tangisan sakit dimana ibu bapa dapat ketahuinya apabila bayi mereka tiba-tiba menengis dengan kuat dan kasar. Manakala yang terakhir adalah tangisan kekecewaan. Tangisan ini dapat dilihat apabila bayi menangis dua atau tiga kali teriakan panjang tanpa menahan nafas(1).

Bayi yang menangis sudah pasti inginkan perhatian dari kedua ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa disisi si manja dan tangani mereka dengan lemah lembut dan betul-betul memahami sebab mereka menangis.

Secara tidak langsung, perhatian ibu bapa terhadap bayi mereka akan menyebabkan bayi akan jarang menangis seiring dengan peningkatan usia mereka.

Tersenyum

Gambar : Youngisthan. In

Senyuman pertama terjadi seminggu pertama setelah bayi dilahirkan hasil dari sistem saraf pusat. Senyuman bayi biasanya terjadi saat bayi tidur. Di minggu kedua, bayi sering tersenyum setelah diberi susu. Saat mereka mengantuk pula, mereka mungkin bermimpi tentang ibu bapanya(1).

Setelah berusia sebulan ke atas, senyuman bayi akan lebih kerap kelihatan dan mereka mula untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. Mereka tersenyum kalau kedua tangannya ditepukkan, atau kalau mendengar suara yang mereka kenal. Pada bulan kedua mereka akan lebih mesra dengan orang-orang yang mereka kenal(1).

Ketawa

Gambar : First Things First

Bayi mula ketawa sekitar usia empat bulan. Namun, ibu bapa harus ketahui, kadang-kadang bayi mereka ketawa kerana ada kalanya berkaitan dengan perasaan takut. Hal ini terjadi kerana kadang-kadang mereka memberi reaksi yang sama terhadap ketakutan dan tertawa(1).

Ketika usia bayi semakin meningkat, mereka akan mula mengenal berbagai suara dan mulai terhibur untuk diajak bermain pada usia tujuh hingga sembilan bulan. Perubahan ini mencerminkan perkembangan kognitif mereka(1).

Ketawa merupakan terapi neutral yang membantu bayi melepaskan perasaan mereka. Ketawa membuktikan betapa pentingnya hubungan antara perkembangan kognitif dan perkembangan sosial.

Perubahan Bayi

Gambar : Dumielauxepices.net

Bayi anda akan mengalami banyak perubahan dari segi perkembangan sosial dan emosi sepanjang tahun pertama kehidupan mereka. Walaupun mereka bermula sebagai bayi yang baru lahir, mereka akan berjaga-jaga, responsif, dan berminat untuk berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling mereka yang mereka kenal saja(2).

Setiap bulan, anda akan melihat bayi anda mencapai kejayaan sosial seperti berminat dalam perbualan, tiba-tiba mampu memberikan senyuman mereka yang pertama, mencari cara untuk berkomunikasi dengan anda, meniru orang lain, menunjukkan kecemburuan jika anda memberi perhatian kepada bayi yang lain dan akhirnya pandai menunjukkan yang mereka tidak selesa apabila di sekeliling orang yang tidak dikenali(2).

Emosi Terbentuk Melalui Bermain

Bayi anda sering mengungkapkan dan belajar tentang emosi melalui bermain. Berikut adalah beberapa idea untuk membantu anak anda meluahkan perasaannya dan meneroka dunia di sekelilingnya(3).

Gambar : Stay at Home Mum

Bermain adalah cara semulajadi bagi bayi untuk belajar dan berkembang serta memberi mereka peluang untuk meneroka dan meluahkan perasaan. Bermain dengan bayi boleh membantu mereka belajar untuk menyampaikan emosi(3).

Hanya membuat mimik muka dengan mereka juga adalah merupakan permainan yang boleh dilakukan bagi ibu bapa. Secara tidak langsung, ibu bapa juga dapat membina hubungan yang akrab bersama si manja.

Tanda-Tanda Masalah Pada Emosi Bayi

Semua bayi menjadi sangat emosi pada masa-masa tertentu. Ini merupakan bahagian penting dalam pembelajaran untuk menangani perasaan. Walau bagaimanapun, jika bayi menunjukkan tindak balas emosional yang melampau dalam situasi yang agak santai dan menyenangkan, seperti bertemu dengan ahli keluarga yang dikenali, dia mungkin mengalami masalah dalam mengendalikan emosi(4).

Gambar : Viola Carnelos

Ibu bapa juga mungkin dapati bahawa bayi mereka(4) :

  • seolah-olah sangat cemas sepanjang masa. Sebagai contoh, dia mungkin kelihatan tegang dan tegang, yang kemudian boleh menyebabkan masalah tidur atau makan .
  • amat takut dengan situasi baru dan biasanya enggan untuk mencuba sesuatu di luar zon selesanya
  • adalah cepat marah, dan sering kelihatan berlebihan jengkel
  • sedang menangis dalam pelbagai situasi yang berbeza
  • seolah-olah lesu dan tidak aktif untuk mencuba perkara-perkara baru

Cara Membantu Bayi Mengendali Emosi

Untuk membantu bayi yang mengalami masalah ini, ibu bapa perlu mengajarnya bagaimana untuk memahami dan menguruskan emosinya.Ibu bapa juga boleh melakukan ini dengan banyak cara, sebagai contoh(4):

  • Bercakap dengan mereka tentang perasaan dari awal lagi. Apabila mereka kelihatan sedih, bercakap dengannya tentang hal itu dan mencadangkan apa yang membuatkannya berasa sedih.
  • Bercakap tentang perasaan anda juga. Ini akan membantu bayi mengetahui apa yang sedang ibu bapa fikirkan yang berkaitan dengan kelakuan anda. Elakkan emosi negatif keterlaluan, tetapi biarlah dia melihat bahawa kadang-kadang ibu bapa mereka juga mempunyai perasaan kecewa.
  • Gunakan ekspresi wajah yang jelas apabila bercakap dan bermain dengan bayi, supaya mereka boleh belajar tentang emosi dan ekspresi mereka.
  • Jika bayi anda menunjukkan banyak kemarahan secara fizikal, mereka mungkin sedang membina tantrum. Mereka juga akan menunjukkan tanda-tanda tertentu ketika dia mulai marah, jadi apabila para ibu bapa melihat tanda-tanda, bantu mereka untuk bertenang seperti mengusap lembut rambut mereka atau hiburkan mereka dengan gurauan.
Gambar : independent.co.uk 

Sentiasalah bersama dengan anak-anak ketika mereka dalam fasa tumbesaran kerana dalam fasa ini, mereka lebih memerlukan bantuan dari kedua orang tua mereka. Bimbing mereka untuk menangani emosi agar mereka tidak keliru dan bijak mengurus emosi ketika dewasa kelak.

Rujukan

  1. Tribunlifestyle
  2. About Kids Health
  3. Raising Children
  4. BabyCentre

 

Amy Noreffaziera

Jatuh bangun sendiri.. Tiada apa yang mustahil selagi kita berusaha..
_Jinsei o tsuyoku shite tatakau (Keep strong and fighting for life)_ =D ..#Ridergirl #Amiey