Siakap Keli

Gagahkan Diri Berjalan Kaki Sejam Ke Tempat Kerja, Kisah Sedih Ayah Ditinggal Anak Ini Buat Netizen Sebak

Jasa ibu bapa dalam membesarkan anak-anak tak terbalas dengan wang ringgit. Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini. Walau seburuk mana pun mereka, sebagai anak kita harus menghormati kedua-dua insan itu sehingga ke akhir hayat.

Tapi, tidak keterlaluan andai dikatakan masih ramai anak-anak di luar sana yang tidak mengenang budi dan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Lihat sahaja berapa ramai warga emas yang ditinggalkan bersendirian atau dihantar ke pusat jagaan. Jangan katakan menjenguk, bertanya khabar pun tidak.

Kisah perkongsian pengalaman seorang pengguna Twitter S.Hafiz cukup membuatkan hati pilu. Dia yang juga seorang pemandu Grab bertemu dengan penumpang seorang warga emas.

Kisah di sebaliknya, cukup membuatkan kami mengalirkan air mata ! Moga secebis kisah ini dapat dijadikan pengajaran dan renungan buat anak-anak lain agar menghargai kedua-dua orang tua selagi mereka masih bernyawa.

Dapat customer grab yang susah nak ‘describe’, seorang lelaki tua.

Pakcik uzur bawa rambutan, pertama kali naik grab.

Selama ini hanya berjalan kaki untuk pergi dan pulang kerja.

Gaji hari hanya cukup makan bagi menampung hidup dia dan isteri.

Bila ditanya soal anak, pak cik ini terlalu sedih.

Menangis apabila diberikan semula tambang grab.

Mahu ditolong, ‘takpe dik, kami boleh lagi, takpe’.

Sumber : S.Hafiz

Nuraiyshah A.L

Being a sleepy girl with a busy life is hard.

Satu komen

  • Kepada semua lelaki walau anda berumahtangga tanggong jawapterhadap ibu bapa tetap berterusan sehngga mereka tiada.jangan dipengaruhi isteri bab tanggong jawapterhadap ibu bapa ,jangan beban menjaga orang tua di tekankan kepada anak perempuan sedangkan semasa pemberian pusaka anda menekankan hak anda.

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di