Siakap Keli

Kos Selenggara RM 2 Juta Sebulan, Equanimity Tidak Dibuka Untuk Lawatan Awam Dan Akan Dijual Secepat Mungkin – PM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kapal mewah Equanimity tidak akan dibuka untuk lawatan orang ramai bagi mengekalkan nilai dan memelihara keadaan kapal itu.

Beliau turut berkata, kapal mewah tersebut akan dijual secepat mungkin memandangkan kos penyelengaraanya sahaja mencecah RM 2 juta sebulan.

“Kita perlu menjaga kapal layar itu supaya berkeadaan baik. Tetapi jika anda membenarkan beratus-ratus orang datang dan melihat kapal layar ini ia mungkin akan mengalami kerosakan dan memberi satu gambaran tidak baik.

BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Pembeli mungkin tidak mahu membeli sebuah kapal yang dipamerkan sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di atas kapal itu, yang dianggar bernilai RM1 billion, yang kini berlabuh di Boustead Cruise Centre, seperti dilaporkan BERNAMA.

Kapal mewah tersebut yang didakwa milik seorang ahli perniagaan dalam buruan kerajaan, Low Taek Jho atau Jho Low tiba di Malaysia pada 7 Ogos selepas diserahkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

BERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sumber : BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.