Siakap Keli

(Video) Lihat Apa Yang Terjadi Apabila IKEA Pertama Kali Buka Gedung Di India

IKEA, sebuah gedung jualan terkemuka dunia daripada Sweden akhirnya membuka cawangan pertamanya di India. Namun yang sensasinya adalah suasana yang terjadi sebaik sahaja gedung di Hyderabab itu dibuka secara rasmi pada Khamis lalu.

Lebuh raya dipenuhi kenderaan sehingga sesak dan ramai yang terperangkap dalam kesesakkan hingga berjam-jam lamanya. Itulah penangan cawangan IKEA pertama di India. Penduduk-penduduk di Hyderabad ternyata sangat gembira dengan pembukaan rasmi gedung tersebut sehingga ramai yang berpusu-pusu keluar.

Restoran digedung itu dikatakan mempunyai sehingga 1000 kerusi yang menyaksikan orang awam tidak sabar untuk menjadi yang pertama menjamu selera di situ. Dan kini, gambar dan video kesesakkan akibat pembukaan gedung pertama IKEA di India menjadi viral di seluruh dunia.

Kesesakkan tersebut diburukkan lagi dengan fakta beberapa jalan utama menuju ke IKEA tersebut masih dalam proses pembinaan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Hyderabab.

”Gedung IKEA mempunyai tempat letak kenderaan yang sangat terhad. Pihak kami sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk membuka tiga lagi tempat kenderaan. Kami menasihatkan pengunjung-pengunjung kami tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di tepi jalan dan kawasan pembinaan sehingga mengganggu aliran trafik,” menurut laporan akhbar.

Bukan sahaja jalan raya yang menjadi sesak, malah media sosial seperti Twitter turut ‘sesak’ dengan pendapat netizen yang berkongsi pendapat dan keterujaan mengenai gedung IKEA tersebut. Namun ada juga yang turut berkongsi perasaan marah apabila menjadi mangsa kesesakkan lalu lintas.

Kesesakkan tersebut turut disumbang oleh sikap sesetengah pengunjung IKEA tersebut yang cuba mendapatkan teksi di tempat yang tidak sepatutnya setelah selesai mengunjungi gedung tersebut.

Ini merupakan percubaan kali kedua IKEA untuk bertapak di negara dengan pasaran yang amat luas itu. Pada tahun 2006, cubaan pertama IKEA gagal apabila rancangan pembukaan gedungnya terpaksa dibatalkan akibat berdepan dengan masalah melibatkan perundangan kerajaan tempatan.

IKEA ketika ini menyasarkan kunjungan sehingga 7 juta pelanggang setahun di cawangan pertamanya itu. Malah, IKEA turut merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya 25 cawangan di India menjelang 2025.

Sumber : Times Of India, The India Express

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.