Siakap Keli

“Jika Benarlah Nak Beri Pengiktirafan, Tolonglah Wajibkan Tandas Asing Untuk ‘Golongan’ Ini” – Dr. Syahr

Selepas pertemuan antara Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Dr. Mujahid bersama wakil komuniti transgender pada Sabtu, 11 Ogos lalu, untuk mendengar pandangan serta memahami isu berkaitan transgender dalam menangani permasalahan tersebut.

Ekoran itu, beliau telah mengeluarkan satu kenyataan yang mendapat tindak balas negatif netizen apabila masyarakat diminta untuk tidak menindas hak golongan transgender ini.

Sehubungan isu ini ramai daripada kita meluahkan rasa kesal kerana kenyataan itu dianggap tidak jelas.  Dr. Syahr Musafir antara individu yang meluahkan rasa kecewa apabila golongan ini seakan-akan sudah diiktiraf statusnya di negara Malaysia.  Untuk makluman anda, akaun Facebook Dr . Syahr ini juga pernah disekat selepas insiden mengkritik golongan ini.

Artikel:

Dikecam Dan Dilapor Kepada FB, Akaun Pensyarah Ini Telah Disekat Selepas Kritik LGBT

 

Sumber: Dr. Syahr Musafir

Nur Farra