Siakap Keli

Kak Nurin Misha Meninggal Dunia

Hari ini satu lagi kehilangan besar buat industri seni negara apabila pelakon serba boleh Nur Amisah atau lebih mesra disapa Kak Nurin Misha diberitakan telah meninggal dunia di kediamannya di Ipoh awal pagi tadi.

Berita itu disahkan oleh seorang pengarah terkenal Eoon Suhaini melalui akaun Instagram beliau. Kak Nurin banyak membintangi drama-drama sebagai pelakon pembantu dan mampu membawa watak sebagai emak dan pembantu rumah dengan sangat berkesan. Antara drama lakonan beliau ialah  Cinta Tiada Ganti

Sudah pasti kehilangannya amat dirasai dan ketika artikel ini ditulis arwah baru sahaja muncul dikaca tv malam tadi dalam sebuah telemovie Arrafah yang ditayangkan melalui saluran TV3.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)