Siakap Keli

Kementerian Pendidikan Ucap Tahniah Kejayaan Naim Hamid Di Jepun

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Naim Hamid Hamidin, pelajar Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeM Johor) yang menerima pengiktirafan kecemerlangan pada The19th International High School Art Festival, pada 8 Ogos lepas di Tokyo, Jepun.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian berkata Naim Hamid, pelajar Tingkatan Empat dalam bidang seni halus itu berjaya mencuri hati para juri dengan hasil lukisan beliau sekali gus mengetepikan lebih 500 hasil karya seni lain daripada pelajar terpilih yang mewakili negara masing-masing seperti Brunei, United Kingdom serta tuan rumah Jepun.

Selain hasil karya beliau, empat hasil karya pelajar SSeM Johor lain turut terpilih untuk dipamerkan pada festival tersebut, katanya.

Sebelum ini, Naim Hamid turut diberi kepercayaan menghasilkan potret lukisan minyak Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud yang diserahkan pada Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Riyadh (RICEC), Riyadh, Arab Saudi pada 2017. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di