Siakap Keli

Pengawet Lebih Punca Alahan Udang ‘Viral’? Jabatan Perikanan Ambil Tindakan Perketat Keselamatan Dan Kebersihan

Selama ni mesti ramai yang tahu makan je tapi tak tahu bagaimana proses pengawetan makanan luat dan apakah bahan serta kesannya terhadap tubuh badan kita?

Mungkin ada yang pernah dengar tentang ‘formalin’ yang digunakan untuk mengawet makanan laut, namun oleh sebahagian peniaga, bahan ini telah disalah gunakan untuk mengurangkan kerugian.

Keracunan makanan serta gatal-gatal antara kesan bahan pengawet ini jika makanan laut tersebut telah diawet dengan formalin yang terlalu banyak.

Umumnya, formalin ini perlu digunakan kerana ia memelihara makanan laut ini daripada lalat serta bakteria lain.  Tapi, apa yang tak betulnya apabila fungsi bahan ini disalah guna, sekali gus memudaratkan pembeli.

Satu perkongsian daripada Twitter milik @HkeemHK, merupakan seorang pemborong, pengimport dan pengeksport hasil laut temaptan, berkongsi tentang keselamatan dan kebersihan yang ramai tak tahu dalam sumber makanan basah terutamanya hasil laut.  Mari kita ikuti perkongsian beliau.

— pakiyu (@HkeemHK) August 11, 2018

Susulan isu ini, Jabatan Perikanan turut memberi respon positif untuk mengambil tindakan memperketatkan keselamatan, kesihatan dan pintu masuk.

Sumber: Twitter HkeemHK, Jabatan Perikanan

Nur Farra