Siakap Keli

Surat Terbuka Seorang Peguam Kepada Datuk Dr. Mujahid

Beberapa hari lalu, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Menteri Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengeluarkan kenyataan menggesa masyarakat untuk jangan mendiskriminasikan golongan transgender ini.

Beliau dalam satu sidang media dengan aktivis transgender serta timbalan menteri JPM, Fuziah Salleh membincangkan isu golongan ini yang pada dasarnya mendapat tentangan masyarakat.

Susulan daripada kenyataan tersebut, seorang Peguambela dan Peguamcara, Nurhidayaty Maidin, menulis surat terbuka buat Dr. Mujahid untuk lebih berhati-hati dalam memberikan kenyataan sedemikian kerana para wanita ‘tulen’ yang lain merasakan hak mereka seperti ‘diselak’ kerana terpaksa berkongsi tempat awam dengan lelaki yang berpakaian wanita.

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Sumber: Nurhidayaty Maidin

Nur Farra