Siakap Keli

“Tak Menyesal Pilih Jeju,” 6 Aktiviti Lasak Ini Boleh Buat Anda Jatuh Cinta Dengan ‘Jeju Island’

Bila sampai musim cuti sekolah sahaja, mula lah kehendak hati ini meronta-ronta untuk pergi melancong dengan niat untuk lupakan sebentar kesibukan bekerja dan meluangkan masa untuk diri sendiri. Percutian di pulau-pulau dalam negara dah habis semua selesai aku jelajah dan aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku cuba terjah pulau-pulau di negara orang pula.

Sedang asyik aku membelek aku terjumpa satu artikel tentang Pulau Jeju atau orang putih kata Jeju Island yang terletak di negara Korea Selatan. Selepas selesai membaca artikel tersebut, akhirnya aku rasa Pulau Jeju lah pilihan tepat dan serasi dengan jiwa yang tadi memberontak kini mula tenang dan tersenyum apabila melihat keindahan pulau itu melalui Google Image. Terus sahaja aku menempah tiket kapal terbang ke Korea Selatan. Untuk rakyat Malaysia melancong ke Korea Selatan visa tak diperlukan jika melawat ke negara itu dibawah 90 hari. Dengan baki tamat tempoh passport yang masih panjang, memang sudah suratan takdir Pulau Jeju memanggil aku untuk ke sana.

Aku sebenarnya tertarik dengan Pulau Jeju kerana ada beberapa aktiviti lasak yang boleh aku lakukan di situ seperti Zipline, ATV, menunggang kuda dan Kayaking, memanjat gunung dan Paragliding. Sampai sahaja aku disana aku terus check in ke hotel yang telah ditempah dan berehat. Tak sempat buat apa-apa pun di hari pertama sebab letih sangat. Hari kedua terus sahaja aku nekad untuk membuat aktiviti Zipline yang dah lama aku idamkan. Untuk aktiviti Zipline, ia terletak di belah timur pulau di Dahuiyeon dan segala kelengkapan keselamatan disediakan dan staff yang bertugas disitu pun baik-baik belaka. Korang akan menikmati pemandangan yang cantik seperti pemandangan Gunung Hallasan serta ladang-ladang teh yang mempersonakan sepanjang kurang dari satu jam berada di atas Zipline itu. Dengan ketinggian lebih kurang 170 meter mungkin akan memberi sedikit perasaan gayat kalau itu kali pertama mencuba aktiviti Zipline. Bayaran untuk aktiviti Zipline ini lebih kurang 28,000 won sahaja jika ditukar kepada ringgit hanya RM100 sahaja.

Untuk aktiviti menunggang kuda dan ATV terletak di Seogwipo, Timur Pulau Jeju. Sepanjang 25 minit pengalaman menunggang kuda aku dibawa sehingga ke atas puncak Nasiri Oreum. Di atas itu juga aku dapat melihat keindahan Gunung Seongsan Ilchulbong dari jarak jauh dan sekali lagi tatapan pemandangan Gunung Hallasan yang dikatakan penuh dengan kisah lagenda. Jangan risau sepanjang perjalanan di atas kuda aku ditemani penjaga kuda disitu. Aku beralih pula ke aktiviti ATV. Aku diterangkan serba sedikit bagaimana untuk mengendalikan ATV tersebut dan aku difahamkan bahawa trek disini agak mencabar dan membuatkan aku lagi tak sabar ingin mencubanya. Bergoncang juga tulang-belulang aku sepanjang aku menunggang ATV itu. Memang hari yang menarik dan tak akan aku lupakan sepanjang berada di Pulau Jeju di hari kedua aku disini. 

Aktiviti seterusnya yang aku lakukan di Pulau jeju ialah Kayaking. Menurut gambar-gambar di sumber Google aku melihat kejernihan laut serta kayak seakan terapung di atas laut dek kejernihan laut yang tiada tandingannya. Memang tidak salah gambar-gambar itu apabila aku terpaku sendiri melihat keindahan pantai dan air laut bagaikan bersinar-sinar memanggil aku untuk berkayak. Terletak di Aewol, aku diberi masa 30 minit berkayak di atas kejernihan laut yang ‘melampau’ dengan kos hanya 20000 won sahaja. Lebih kurang RM70 sahaja. 

Tak puas dengan Kayaking, aku rasa aku nak cuba sesuatu yang lagi mencabar tahap keberanian aku yang aku rasa melebihi Hang Jebat ini. Jadi aku ambil keputusan untuk mencuba satu lagi aktiviti sukan lasak iaitu Paragliding. Hanya RM400 sahaja aku dah boleh boleh menikmati pengalaman Paragliding bersama pakar yang bertauliah. Aku dapat melihat seluruh pemandangan Pulau Jeju sepanjang 10 minit aku diterbangkan di udara. Tentang gambar dan video tak perlu risau sebab perkhidmatan itu termasuk dalam pakej Paragliding. Aku boleh katakan Paragliding ini sangat sesuai untuk yang baru nak mencuba atau penggemar aktiviti ekstrem. 

Lepas ke udara tak lengkap pula rasanya kalau aku tak cuma menyelam ke dalam lautan Pulau Jeju yang jernih bak mutiara ini. Jadi, untuk aktiviti aku yang terakhir disini aku memilih untuk mencuba Scuba Diving disini. Adakah Scuba disini sama sahaja dengan Pulau-Pulau di Malaysia? Ternyata tidak, pasti aktiviti Scuba di Jeju ada keistimewaannya tersendiri. Aku hanya perlu membayar RM600 sahaja untuk merasai pengalaman Scuba Diving disini dan antara pengalaman aku sepanjang aktiviti ini aku terpegun melihat isi lautan Pulau Jeju yang sangat indah dan air laut pulau ini bebas dari pencemaran. Jika kau seorang yang suka mengambil gambar di dalam laut aku rasa Pulau jeju wajib ada dalam senarai korang sebab batu karang dan hidupan lautnya yang sangat cantik buatkan aku terpegun seketika melihat keindahan alam ciptaan Tuhan.  

Ternyata pengalaman aku di Pulau Jeju sedikit pun tidak mengecewakan malah aku rasa pilihan aku sangat tepat memilih Pulau Jeju sebagai pulau luar negara yang pertama untuk aku terjah. Pengalaman melakukan aktiviti lasak di negara 4 musim itu akan aku abadikan dalam ingatan aku selama-lamanya. Sekurang-kurangnya dapat juga aku keluar dari kesibukan bekerja dan beri peluang tubuh badan aku berehat dari bekerja.

Pilihlah penerbangan yang terbaik dan murah untuk ke Pulau Jeju dan sudah tentu aku memilih penerbangan Air Asia, yang menawarkan harga yang murah dan servis yang terbaik. Kekerapan pesawat sebanyak 4 kali seminggu ke Jeju sudah pasti memudahkan anda memilih masa yang sesuai untuk pergi dan pulang.

Sekarang Air Asia tengah ada promosi untuk ke Pulau Jeju. Terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju dengan harga serendah RM349 untuk kelas ekonomi dan RM899 untuk kelas Premium. Tempah sekarang sehingga 2 September 2018 dan terbang ke Pulau Jeju bermula sekarang sehingga 31 Disember 2018. Boleh terus klik Air Asia untuk membuat tempahan.


Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)