Siakap Keli

Jangan Dongak Kepala Jika Hidung Berdarah, Lakukan Langkah Ini Ketika Pendarahan Hidung Berlaku

Pendarahan hidung atau istilah perubatannya disebut epistaksis merupakan sesuatu yang biasa berlaku pada orang dewasa dan juga kanak-kanak.

Hidung berdarah terjadi apabila salur darah kecil (kapilari) di rongga hidung pecah disebabkan beberapa punca seperti kecederaan, udara terlampau sejuk atau kering, menghembus hidung dengan kuat, terlalu kerap bersin, jangkitan sinus dan kesan sampingan penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung selain dalam kes jarang berlaku seperti tekanan darah tinggi.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

Selain itu, cuaca panas juga boleh menjadi penyebab kepada terjadinya pendarahan hidung.

Kebiasaannya, jika berlaku pendarahan hidung, kita pasti akan mendonggakkan kepala bagi mengelakkan darah itu berhenti dan tidak lagi tumpah.

Namun, menurut perkongsian dari Dr Ezairy M.Sallih di laman Facebook, kita tidak seharusnya mendongakkan kepala ketika pendarahan hidung sedang berlaku dan terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan bagi merawat hidung berdarah.

Oleh itu, dengan perkongsian dari beliau ini, diharap kita tidak akan panik sekiranya situasi ini terjadi kepada kita atau orang sekeliling.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

Jangan dongak kepala ketika pendarahan hidung!

Ini yang selalu masyarakat kita lakukan. Mendongak ke atas supaya darah berhenti dan tidak lagi keluar.

Dua perkara perlu dipastikan apabila pendarahan hidung sedang berlaku.

1. Pendarahan hidung berhenti.
2. Tidak berlaku komplikasi tambahan kepada pesakit.

Oleh itu, beberapa langkah perlu dan MESTI dilakukan apabila pendarahan hidung berlaku.

1. Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.

2. Tundukkan kepala. JANGAN DONGAKKAN KEPALA. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku!

3. Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.

Sumber foto: Google
Sumber foto: Google

4. Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.

5. Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.

6. Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital. Pendarahan perlu dihentikan segera.

Jangan cuba-cuba masukkan air ke dalam hidung untuk mencuci dan menghentikan pendarahan. Ia tidak membantu.

Sumber- Dr Ezairy M.Sallih 

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar