Siakap Keli

Lahir Sejam Selepas Gempa Bumi Susulan, Bayi ini Diberi Nama ‘Giat Bumi’

TANJUNG- Seorang lagi bayi lelaki yang dilahirkan sejam selepas berlakunya gempa susulan yang berlaku di Indonesia di beri nama Giat Bumi.

Giat Bumi yang membawa maksud kejadian alam selamat dilahirkan sejam selepas gempa susulan berlaku apabila ibunya dihantar ke hospital lapangan dan bertarung dengan sakit selama 14 jam, Rabu lalu.

“Saya dihantar ke hospital ini menggunakan trak dan diberi ubat tahan sakit. Selepas 14 jam, pada jam 3.30, satu jam selepas gempa susulan bayi saya selamat dilahirkan.

“Buat masa ini saya dan bayi akan terus menetap di tapak perkhemahan kerana kami masih trauma. Saya masih belum bersedia untuk tinggal di dalam rumah,” ujar Ridha Yanti yang merupakan ibu kepada Giat Bumi.

Terdahulu, seorang bayi turut diberi nama Muhammad Gempa Rizki berikutan kelahirannya yang jatuh pada hari kejadian gempa bumi di Lombok, Indonesia.

Gempa bumi susulan pada magnitud 6.2 skala Ricther menggegarkan Lombok pada Rabu lalu.

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar