Siakap Keli

Panas Sehingga Oktober, Beberapa Kawasan Dilaporkan Akan Mengalami Hari Tanpa Hujan

Fenomena cuaca panas akan melanda beberapa negeri Malaysia terutama di kawasan Kapit, Sarawak yang mencapai titik panas sehingga 37 darjah Celsius.

Kuala Krai, Sibu, Sri Aman, Temerloh dan Mersing masing-masing mencatat suhu sehingga 35 darjah Celsius.

Memetik laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, suhu purata tertinggi dari Sabtu lalu akan kekal pada 34 darjah Celsius di 4 negeri kecuali Sabah.

Sementera itu, Perak, Pahang, Kelantan dan Sabah menjadi negeri paling panas dengan purata suhu tertinggi iaitu 34 darjah Celsius.

Negara dikatakan akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan dalam tempoh beberapa bulan akan datang ini.

Pun begitu, ketibaan monsun pada Oktober ini dijangka membawa cuaca lebih sejuk.  Inter-monsun akan diikuti monsun timur laut, yang bermula pada November dan berakhir pada bulan Mac depan.

Nur Farra