Siakap Keli

Perkhidmatan Dan Kos Bahan Binaan Bebas Cukai SST

Seperti semua sedia maklum bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah dikurangkan sehingga 0 peratus dan bermula 1 September 2018 Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal mengambil alih mengikut dasar dan janji 100 hari Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru yang telah diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Terkini, menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan bahawa perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan akan dikecualikan daripada SST. Dalam kenyataan itu juga menyatakan bahawa, kos bahan binaan sebelum ini dikenakan cukai sebanyak 6% seperti simen, pasir dan batu-bata.

Kerajaan juga menjangkakan akan berlaku tekanan pada harga rumah, bangunan industri dan bangunan komersial atas pemansuhan GST dan pengecualian cukai SST.

Berikut adalah kenyataan penuh dari Kementerian Kewangan.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)