Siakap Keli

(Video) “Buat Masa Ini Mungkin Mereka Boleh Guna Tandas OKU”, – Timbalan Menteri JPM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh kali ini menyatakan pendapat terhadap isu golongan ini yang telah menjadi ‘teropong awam’.

Beliau dalam satu temubual memberitahu media bahawa golongan ini perlu dibantu bukan diiktiraf.

“Kita perlu bawa mereka kembali kepada fitrah, dalam proses ini ia akan mengambil masa dan ramai juga transgender sudah kembali kepada fitrah. Kita kena faham mereka ini, dalam proses itu mereka masih perlu menggunakan tempat awam.”

Justeru itu, beliau turut memberitahu tentang isu tandas ini agar mungkin kumpulan ini boleh menggunakan tandas kurang upaya terlebih dahulu jika tidak selesa menggunakan tandas lelaki.

“Mereka ini walaupun alatnya lelaki tetapi hati mereka sama seperti wanita.  Mereka akan rasa tak selesa untuk ke tandas lelaki.”

“Akan tetapi, bila ke tandas wanita, orang perempuan pula tak selesa sedangkan selama ni tak rasa apa pun.  Oleh sebab isu ini dah jadi isu besar, timbul lah dilema golongan transgender.”

“Buat ketika ini mungkin merek boleh menggunakan tandas OKU, contoh.”

Kredit: KiniTV

Nur Farra