Siakap Keli

(Video) Mulut Bayi Berbuih Akibat Lemas Dalam Pesawat “Delay”, Ibu Rayu Kakitangan Agar Buka Pintu Pesawat

Seorang ibu merayu kepada kru penerbangan untuk membuka pintu bagi memberikan udara selepas bayinya didapati lemas dan mulutnya berbuih dalam pesawat Pakistan International Airlines dari Paris ke Islamabad.

Pesawat itu dipercayai mengalami kelewatan selama dua jam selain penyaman udaranya yang rosak membuatkan bayi itu sesak nafas dan tidak sedarkan diri.

Sebuah video yang memaparkan insiden itu telah dimuat naik ke dalam laman facebook The Times Of  Karachi. 

Ketika kejadian, suhu di Perancis dilaporkan sekitar 35 darjah celcius.

Ibu tersebut dilihat memohon kepada kru untuk membenarkan dia mendapatkan udara yang segar sambil menunggu masa untuk berlepas selain dari meminta mereka mengipas anaknya.

Bagaimanapun, kakitangan pesawat tersebut gagal untuk membuka pintu berikutan arahan pesawat sudah bersiap sedia untuk bertolak.

Rakaman itu turut memaparkan beberapa penumpang lain turut campur tangan dan memaksa kakitangan membuka pintu sebelum perkara yang tidak diingini berlaku pada bayi tersebut.

Menurut syarikat penerbangan Pakistan International Airlines, penerbangan mereka hanya tertunda selama 30 minit, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sebuah kenyataan turut dikeluarkan dari pihak mereka yang menyatakan PIA telah mengambil perhatian serius tentang kejadian malang yang berlaku pada pesawat PK750. Dr Musharraf Rasool Cyan yang merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif telah mengambil perhatian segera dan serius dan telah meminta siasatan terperinci mengenai perkara itu.

“Kelewatan itu adalah selama 30 minit selepas pintu ditutup, pesawat sudah siap untuk ditolak. Walau bagaimanapun, pelepasan Kawalan Trafik Udara tidak diterima dan pesawat itu tidak dapat menghidupkan enjinnya kerana pesawat itu masih berada di landasan.

Sumber- The Times Of Karachi & Metro Uk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar