Siakap Keli

Bapa Kandung Kelar Anak Lepas Dengar Bisikan Halus, Wujudkah Suara Ghaib Itu?

Petang semalam berita tragis seorang kanak-kanak 5 tahun tersebar di aplikasi WhatsApp apabila mangsa dipercayai di kelar oleh bapa kandungnya ketika sedang tidur di salah sebuah Flat di Puchong.

Suspek dikatakan menetak anaknya sebanyak 3 kali di kepala dan pergelangan tangan sehingga mati. Mayat kanak-kanak itu kemudian diletakkan di luar rumah sebelum menutup pintu.

Menurut hasil siasatan polis, suspek bertindak sedemikian selepas mendengar suara ghaib yang menyuruhnya membunuh anak sendiri.

Sebelum ini banyak kes yang melibatkan suspek pembunuhan yang mendakwa mendengar suara ghaib menyuruh mereka melakukan perbuatan kejam terhadap orang disekeliling.

Laporan daripada Utusan pada tahun 2012 pernah mengklasifikasikan kes seperti ini sebagai salah satu simptom penyakit mental seperti”auditory hallucination” atau “schizophrenia”.

Autory hallucination merupakan halusinasi seseorang itu yang mendengar bisikan walaupun pada dasarnya, tiada sesiapa pun yang sedang bercakap dengan mereka.

Suara ini dikatakan berpunca daripada ketidakseimbangan fungsi otak, dopamine. Bukan sahaja boleh terjadi kepada pesakit mental, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang mengalami kemurungan.

Schizophrenia pula berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang mengejek apa saja yang pesakit lakukan dan lebih mendorong orang yang mendengar berasa terpencil serta rendah diri.

Kedua-dua penyakit ini sangat serius dan perlu diubati agar tidak mempengaruhi keselamatan mereka serta orang lain.

Nur Farra