Siakap Keli

”Jika Saya Ada 7 Anak Perempuan Macam Dia, Saya Akan Bunuh Semuanya”, Ibu Kapakkan Anak Kuat Melawan

Tatiana Degirmendzhy, 49, mengaku bersalah membunuhnya anaknya sendiri, Yulia, 18, dengan menggunakan kapak setelah mengakui tidak tahan dengan perangai mangsa yang suka melawan cakapnya.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, suspek dikatakan mengambil nyawa anaknya sendiri ketika mangsa sedang tidur di rumah mereka di Chaykovsky, Rusia.

Suspek dipercayai bertindak menetak beberapa kali bahagian belakang leher mangsa menggunakan kapak sehingga mangsa cedera parah dan mati di tempat kejadian.

Laporan media tempatan menyebut bahawa suspek kemudian meninggalkan lokasi kejadian menggunakan perkhidmatan kereta api.

Kejadian ngeri yang menimpa Yulia hanya disedari beberapa jam kemudian oleh abangnya sendiri, Sertan Degirmendzhy, 22, yang pulang ke rumah selepas selesai bersenam.

Saksi juga turut memberitahu pihak polis bahawa dia menemui kapak berlumuran dengan darah dia atas lantai berdekatan katil milik adiknya sebelum segera menghubungi pihak berkuasa.

Anggota paramedik yang tiba di tempat kejadian kemudian mengesahkan mangsa telah meningga dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

Polis dalam satu kenyataan turut memberitahu bahawa siasatan awal mereka mendapati terdapat kesan luka pada badan mangsa yang dipercayai berlaku akibat cubaan suspek untuk mengalihkan mayat mangsa, namun tidak berjaya.

Pemeriksaan mereka ke atas rumah tersebut juga mendapati bahawa hanya passport milik ibunya sahaja hilang, menyebabkan mereka mengesyaki bahawa pembunuhan tersebut dilakukan oleh ibunya sendiri.

Suspek berjaya ditahan dalam tempoh masa 24 jam selepas lokasinya berada berjaya dikesan berhampiran stesen kereta api ketika mahu meninggalkan bandar Chaykovsky menuju ke Izhevsk.

”Jika saya ada tujuh orang anak perempuan sepertinya, pasti saya akan bunuh semuanya,” pengakuan suspek, menurut kenyataan polis.

Pihak berkuasa juga mendedahkan bahawa mangsa dikatakan seringkali berbalah dengan suspek dan kejadian tersebut sudah berlarutan sejak tiga bulan yang lalu.

Suspek juga mengakui bahawa pembunuhan tersebut berlaku hanya semata-mata kerana tidak suka dengan perangai anaknya sendiri. Suspek berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun jika didapati bersalah.

Sumber : Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.