Siakap Keli

KPM Tarik Balik Permit Mengajar Dua Guru Tadika Dera Murid

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menarik balik permit mengajar dua orang guru yang terlibat mendera murid dalam kejadian di sebuah tadika swasta di Melaka yang tular di media sosial semalam.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bagi memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid atau bertugas di tadika berkenaan.

“Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan kecuaian dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam kohort umur empat dan lima,” katanya.

Kementerian itu berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah tadika di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh iaitu sebuah tadika swasta berdaftar dengan KPM.

KPM juga telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk membantu pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran berlangsung.

KPM berkata ia turut menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru terbabit susulan laporan polis yang dibuat pada Sabtu lepas (11 Ogos) oleh pengurus tadika tersebut.

Menurut laporan media, dua guru yang berusia 21 dan 40 tahun itu telah ditahan polis semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi 2 minit 10 saat menunjukkan tindakan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di pusat itu dan meletakkannya di atas tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang terbaring.

Sementara video kedua yang berdurasi 36 saat menunjukkan tindakan salah seorang guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki sehingga terjatuh dari kerusi. – Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Sumbang Artikel Anda

Anda suka menulis dan berkongsi? Tetapi tiada medium yang sesuai? Anda dialu-alukan untuk menulis di Siakap Keli sekiranya penulisan anda itu suatu perkara yang manfaat.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di