Siakap Keli

Sebelum Sapu, Kenali Dulu Perbezaan Sunscreen Dengan Sunblock, Yang Mana Lebih Sesuai Untuk Anda

Malaysia sebagai sebuah negara tropika yang berada di garisan khatulistiwa sememangnya sudah diketahui bahawa menerima cahaya matahari yang berpanjangan. Segala kativiti harian yang ingin dibuat, terutamanya aktiviti luar rumah biasanya mengambil kira keadaan cuaca panas terlebih dahulu.

Justeru, ramai daripada mengenakan krim pelindung cahaya matahari pada kulit dan wajah biasanya setiap kali mahu membuat aktiviti luar rumah, di bawah terik matahari. Ada yang memilih suncreen dan ada juga yang memilih sunblock. Pada mereka yang tidak gemar untuk menyemak sesuatu fakta, mungkin beranggapan bahawa suncreen dengan sunblock tidak ada bezanya. Pada mereka dan mungkin juga anda, asalkan dapat melindungi kulit, ia sudah memadai.

Jadi, betulkah sunsreen dengan sunblock tidak ada bezanya? Sebenarnya, banyak perbezaan ketara antara sunscreen dengan sunbolck dan anda sepatutnya mengambil tahu kerana kedua-duanya bakal memberi kesan kepada kulit apabila anda semakin lanjut usia kelak.

Sunscreen

Sunscreen mengandungi sebatian kimia yang akan menyerap telebih dahulu cahaya matahari sebelum sampai pada kulit yang akan mencetuskan satu reaksi yang boleh mnjejaskan kesihatan kulit.

Secara mudahnya, sunscreen boleh dianggap sebagai satu lapisan tambahan pada cermin, yang mengurangkan kemasukan (tidak sepenuhnya) sinaran bahaya daripada cahaya matahari.

Sunsreen biasanya mengandungi sebatian organik iaitu  benzophenones, yang mana melindungi kulit daripada radiasi UVA (long  wave ultraviolet A), yang menyebabkan penuaan dan kulit berkedut. Sebatian yang lain adalah cinnamates dan salicylates yang bertindak melindungi kulit daripada radiasi UVB (short wave ultraviolet B), satu radiasi yang menyebabkan kulit terbakar dan risikon kanser melanoma.

Pakar kulit menyarankan orang ramai memilih sunscreen yang mempunyai label ”broad-spectrum”, iaitu suncreen yang mampu melindungi kulit daripada kedua-dua radiasi UV.

Sunblock

Manakala sunblock pula berfungsi dengan memantulkan kembali sinaran UV, sekali gus menghalang cahaya berbahaya tersebut daripada memasuki kulit, sekaligus bermaksud sunblock memberi pelindungan yang lebih berbanding sunscreen.

Sunblock biasanya mengandungi sebatian bersifat pelingdung seperti titanium dioxide dan zinc oxide, yang mana biasanya memberi kesan putih pada kulit.

Malah, kedua-dua bahan ini juga sebenarnya bersifat kurang iritasi sekaligus menjadi pilihan lebih baik buat mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif.

Suncreen vs Sunblock

Kedua-duanya mempunyai keupayaan tersendiri dalm memberikan perlindungan pada kulit manusia. Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk memilih krim pelindung cahaya matahari yang mampu memberi pelindungan kepada kedua-dua jenis radiasi, UVA dan UVB.

Seperkara lagi, anda juga dinasihatkan untuk memastikan krim pelindungan cahaya matahari tersebut rintang peluh dan air (khususnya sunscreen). Pastikan anda menyemak terlebih dahulu label pada botol yang menjelaskan tempoh ketahanan sunscreen tersebut sama ada ketika anda berpeluh ataupun terkena air.

Bagaimanapun, memilih sunblock adalah lebih baik buat mereka yang mempunyai masalah kulit.

Sumber : Dollar Shave Club

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.