Siakap Keli

Bengang Tak Bayar Upah, Pekerja Ini Robohkan Rumah Majikan Dengan Jentolak

Bengang kerana tidak dibayar upah, seorang pekerja binaan nekad merobohkan rumah sewa milik majikan yang terletak di Buntingford, Hertfordshire.

Daniel Naegu, 30, merobohkan deretan rumah banglo dua tingkat itu menggunakan jentolak.

Menurut saksi, Elaine Francois yang menghubungi pihak polis, suspek kelihatan gembira selepas merobohkan rumah-rumah itu.

“Keadaan rumah-rumah itu seperti baru dilanda gempa bumi atau letupan bom.

“Ketika pihak berkuasa tiba di lokaasi kejadian, dia memberitahu bahawa dia bertindak sedemikian kerana upahnya tidak dibayar,” ujarnya.

Rumah di kawasan tersebut belum siap sepenuhnya dan dijangka akan siap dalam tempoh seminggu sebelum para penyewa dan pembeli dibenarkan berpindah masuk.

Daniel Naegu ditahan polis bagi membantu siasatan, manakala rumah yang  itu memerlukan lebih kurang 500,000 pound untuk diperbaiki.

Sumber- MetroUk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar