Siakap Keli

Bukan Main Tukar Je, Ini Prosedur Yang Anda Perlu Lalui Jika Berhajat Nak Tukar Enjin Kenderaan

Menggunakan kenderaan seperti motosikal atau kereta menandakan seseorang itu bersedia untuk tertakluk dengan beberapa pertauran berkaitan lalu lintas dan pemilikkan kenderaan. Tidak terhad terhadap kesalahan-kesalahan seperti memandu secara melulu, melanggar lampu isyarat atau menggunakan kenderaan curi sahaja, malah jika anda berhajat untuk membuat modifikasi pada kenderaan anda juga sebenarnya perlu mematuhi beberapa pertauran.

Modifikasi atau ‘make up’ kereta ini bukan sahaja melibatkan bahagian luar kenderaan sahaja, malah ada pemilik yang mempunyai duit lebih berhajat untuk menukar bahagian dalaman kenderaan milik mereka. Alasan untuk melakukan modifikasi tersebut bergantung kepada pemilik kenderaan tersebut masing-masing.

Bagaimanapun, ramai daripada kita yang mungkin berhajat untuk membuat modifikasi enjin kenderaan tidak mengetahui prosedur-prosedur yang perlu dilalui. Jangan risau, JPJ Negeri Kelantan ada jawapannya. Nak tahu prosedur-prosedut tersebut. Jom baca perkongsian tersebut di bawah.

“Prosedur nak tukar enjin”

First skali pergi puspakom bawa Surat Kastam 1, Geran @ voc, Kereta.

Tukar enjin melalui 2 peringkat pemeriksaan. Contoh untuk kereta :

1) Test brek – lulus/gagal dapat report VR1-RM35

2) Keseluruhan- lulus/gagal dapat report B2-RM25

Wajib lulus kedua-dua pemeriksaan. Kalau salah satu fail wajib ulang balik dengan bayaran lain.

Dah lulus Puspakom baru isi borang K8 dekat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru. Settle. Percuma sahaja. Melainkan untuk tukar voc baru. Bayaran Rm 50.

1. Borang K8

2. Laporan Puspakom B2

3. Geran

Kalau wakilkan untuk orang lain sila bawa salinan IC owner dan wakil.

Kalau melibatkan kes salah satu di bawah wajib pergi Bahgian Kejuruteraan Automotif (KA) di JPJ sebelum masuk Puspakom.

1. Enjin melebihi 30% dari enjin asal. Contoh 1.3cc tukar 1.8cc. Cara kira 30% rujuk gambar di bawah.

2. Tukar enjin berlainan model contoh NAZA kepada Nissan

3. Tukar bahan bakar kenderaan contoh dari Petrol ke Diesel.

Dah dapat surat kebnaran dari KA, baru masuk Puspakom dan endos di JPJ.

Nota penting : kalau beli enjin dengan kawan kena buat surat sumpah untuk menggantikan surat Kastam.

Sumber : JPJ Negeri Kelantan

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.