Siakap Keli

“Hantu Kak Limah ‘Betul’ Lalu Belakang Abang,” Mamat Khalid Kongsi Kisah Seram Ketika Penggambaran

Seperti semua sedia maklum, filem Hantu Kak Limah sudah mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 9 Ogos 2018 dan penulis pasti, sebahagian besar dari pembaca sudah menonton filem sambungan dari Hantu Kak Limah Balik Rumah yang dianggap sebagai satu karya agong seorang pengarah terkenal, Mamat Khalid.

Sehingga 12 Ogos sahaja, filem ini sudah berjaya memecah rekod kutipan setakat ini RM9 juta dan dijangka bakal bertambah memandangkan filem ini mendapat tempat dihati peminat Hantu Kak Limah. Semua portal hiburan Budiey.com telah menemu bual saudara Mamat Khalid selepas tayangan perdana filem tersebut bagi mendapatkan reaksi pengarah tersohor itu.

Menurut Mamat Khalid, beliau mahukan penonton terhibur dengan filem ini dan beliau juga mengaku ada menyelitkan sedikit unsur-unsur politik yang mana sesiapa sahaja yg menontonnya pasti terhibur. “Tak kiralah sokong parti mana,” seloroh beliau.

Budiey juga ada bertanyakann kepada abang Mamat jika ada momen yang tak boleh dilupakan sepanjang penggambaran filem ini. Mamat Khalid mendakwa ada satu kejadian seram yang berlaku di set penggambaran.

” Ketika itu babak dimana Kak Limah perlu berada di atas bumbung rumah dan ketika itu Kak Limah (Delimawati) sudah ada pun diatas bumbung, abang yang sorang-sorang kat monitor set tiba-tiba ternampak Kak Limah lalu dibelakang abang.,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, ketika dia melihat di monitor jelas Kak Limah sudah ada di atas bumbung untuk memulakan penggambaran. Beliau juga ditanya tindakan beliau selepas kejadian tersebut ini jawapannya. ” Abang cuba bertenang dan hanya menceritakan perkara itu selepas selesai kerja penggambaran kerana tidak mahu penduduk kampung disitu dan krew-krew merasa cemas dan takut.”

Sumber: Budiey Isma

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)