Siakap Keli

Pernah Cuba Bunuh Diri Dengan Tembak Muka Sendiri, Kini Gadis Ini Terima ‘Wajah Baru’

Seorang gadis berusia 21 tahu di Amerika Syarikat yang pernah mencuba membunuh dirinya dengan menembak muka sendiri kini menerima wajah baru semula.

Katie Stubblefiled menjadi individu termuda dan yang paling lama menjalani pembedahan pemindahan wajah.

Dia menyatakan bahawa dengan penerimaan ‘wajah baru’ itu umpama dia diberikan peluang kedua untuk meneruskan hidup.

“Saya bagaikan mendapat nyawa kedua sekarang,” ujarnya dalam rancangan di saluran National Geogrraphic.

Gadis ini menjalani pembedahan selama 31 jam dan menerima wajah seorang wanita yang mati kerana pengambilan dadah yang berlebihan.

Wajah pemilik rupa sebenar. Sumber foto: Dailymail

Pembedahan pemindahan dan pemasangan struktur wajah baharu yang dijalaninya pada tahun 2017 itu sekaligus membolehkan dia mengunyah, menelan dan bernafas buat pertama kali selepas cedera teruk menerusi insiden tiga tahun lalu.

Salah seorang saudara dekat Kattie memberitahu bahawa dia dahulunya seorang gadis yang sangat ceria sebelum mendapat tekanan perasaan serius akibat putuh cinta sebelum melakukan cubaan membunuh diri sehingga merosakkan hampir keseluruhan wajahnya.

Dia yang menembak muka sendiri pada Mac 2014 di Mississippi, dibawa ke hospital di Oxford, Memphis, Tennessee, Clevelend dan seterusnya dipindahkan ke Ohio bagi menyelamatkan nyawanya.

Sumber- Dailymail

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar