Siakap Keli

Puasa Sunat Sempena Wukuf Arafah 21 Ogos Ini – Jakim

Umat Islam yang ingin berpuasa sunat sempena hari wukuf di Arafah boleh melaksanakannya pada 9 Zulhijjah 1439 Hijrah bersamaan 21 Ogos ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau berkata walaupun Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan 1 Zulhijjah (Ahad) bersamaan 12 Ogos dan seterusnya menetapkan wuquf di Arafah pada 20 Ogos (Isnin) serta Aidiladha pada 21 Ogos 2018, matla’ (tempat terbit anak bulan) negara Malaysia adalah berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal (anak bulan) lebih tinggi di negara berkenaan.

“Perbezaan waktu antara kedua-dua negara sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia dan peluang kenampakan juga lebih mudah.

“Sebagai penduduk di Malaysia, kita hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla’ di negara kita,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di akaun Facebooknya hari ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 22 Ogos (Rabu) seperti yang  diumumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebelum ini. – Bernama

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di