Siakap Keli

PMS Bukan Gurauan, Doktor Ini Kongsi PMS Teruk Boleh Sebabkan Wanita Rasa Ingin Bunuh Diri

Waniat dan masalah Premenstrual syndrome (PMS) memang tidak dapat dipisahkan. Keperitan dan kesakitan PMS adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main, malah jika ditanya kepada kaum hawa, mereka sendiri pun tidak dapat menggambarkan secara tepat penderitaan yang ditanggung.

Sebab itu, anda sebagai lelaki sekiranya wanita kesayangan anda mengalami masalah PMS, kami nasihatkan anda supaya tidak cuba membuat jenaka dengan kesakitan yang mereka alami. Nahas. Yelah, ada yang kata wanita ketika mengalami PMS, moodnya tidak menentu.

Simptom-simptom yang ditunjukkan oleh wanita yang mengalami PMS juga berbeza-beza dan sebagai lelaki, anda perlu mengetahui tanda-tanda yang ditunjukkan oleh wanita kesayangan anda. Menurut Dr. Muhammad Izzat, sekurang-kurangnya terdapat 11 simptom-simptom PMS yang sering ditunjukkan oleh seseorang wanita.

Malah menurut beliau, ada sesetengah wanita mengalami kesakitan PMS yang melampau, hingga boleh menimbulkan rasa ingin bunuh diri. Aduh.

Tertanya-tanya kan, macam mana PMS boleh menimbulkan rasa ingin bunuh diri kan? Kalau anda nak tahu jawapannya, apa kata anda baca perkongsian beliau di bawah. Semoga bermanfaat.

PREMENSTRUAL SYNDROME ( PMS )

PMS adalah gabungan simptom yang diberikan kepada simptom fizikal dan emosi yang mempengaruhi kehidupan sesorang perempuan, 2 minggu sebelum period datang. Biasanya PMS akan jadi kurang bila period dah bermula dan akan hilang apabila berahirnya period.

Simptomnya berbeza antara individu. Yang paling biasa didapati adalah :

1. Mood swing

2. Rasa kemurungan, senang marah, senang terganggu

3. Sedih, rasa cuak dan beremosi

4. Penat, susah nak tidur

5. Pening kepala

6. Perubahan pada selera makan – nafsu makan menjadi jadi ( mengidam macam-macam )

7. Susah untuk fokus

8. Rasa kembung

9. Perubahan pada kulit dan rambut

10. Buah dada kadang-kadang rasa bengkak dan kurang selesa

11. Cirit birit atau sembelit

Sebagaimana yang saya cakap tadi, simptom BERBEZA untuk individu, jika dilihat simptom-simptom ini akan ada pattern bila dah lama diperhatikan.

Simptom-simptom PMS biasanya bermula sekitar waktu selepas ovulasi, apabila tahap hormon progesteron meningkat.

Sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang dua minggu sebelum haid mereka bermula. Manakala yang lain hanya mengalaminya dalam beberapa hari yang terakhir sebelum haid. Ramai wanita mendapati bahawa simptom-simptom PMS jadi semakin teruk apabila permulaan haid makin hampir.

Adalah perkara biasa bagi simptom-simptom PMS beransur hilang apabila haid anda bermula. Tetapi sesetengah wanita mengalami PMS sepanjang tempoh haid mereka.

PMS tidak semestinya berlaku setiap bulan. Anda juga boleh jadi takda langsung PMS untuk satu atau beberapa bulan, tetapi ia kembali semula selepas itu.

Anda mungkin dapat menangani simptom-simptom PMS tanpa mengganggu perjalanan aktiviti seharian anda. Tetapi kira-kira satu dalam 10 wanita dengan PMS terpaksa mengambil cuti kerana simptom yang teruk.

Bagi sesetengah wanita, simptom-simptom PMS yang dialami sangat serius sehingga menjejaskan kehidupan di rumah dan di tempat kerja. Jika ini berlaku pada anda, jumpalah doktor. Mood yang berubah ini boleh membuatkan hubungan dengan rakan sekerja, suami dan anak-anak menjadi.

Paling teruk, PMS boleh sebabkan seseorang wanita itu rasa ingin membunuh diri. PMS jenis ini, iaitu di mana simptom-simptomnya sangat teruk dan kebanyakannya adalah dari segi emosi dan kelakuan, kadang kala dipanggil premenstrual dysphoric disorder (PMDD).

Apa sebabnya PMS ni ?

Sebab sebenar memang belum diketahui. Tapi ada beberapa kajian menunjukkan ada kaitan dengan perubahan hormon dan bahan kimia yang dihasilkan oleh badan. Sepanjang kitaran haid paras hormon berubah-ubah.

Ada sesetengah wanita ini sensitif kepada perubahan paras hormon ni seterusnya menyebabkan timbulnya simptom-simptom yang tadi tu. PMS juga dikatakan ada kaitan dengan bahan neurotransmitter dalam badan seperti serotonin dan gamma-amino butyric acid (GABA).

Macam mana saya nak tahu saya ni ada PMS ke tidak?

Anda seharusnya catat simptom yang anda ada tu dalam diari ke atau rekod dalam handphone anda yang canggih tu. Rekodkan sekurang-kurangnya untuk 2 kali kitaran haid.

Lepas tu jumpa Dr. dan tunjukkan hasil rekod anda tu, nanti Dr. akan menilai sama ada itu adalah PMS untuk anda atau tidak.

Tips menghadapi PMS

1. Kenal pasti bagaimana PMS pengaruhi anda dan keluarga, rakan sekerja serta kawan-kawan. Gunakan diari PMS anda untuk kenalpasti setiap simptom dan bilakah ia bermula. Anda mungkin rasa PMS anda lebih terkawal jika tahu bila simptom-simptomnya mungkin akan bermula.

2. Apabila anda lebih memahami PMS anda, beritahulah orang yang terdekat dengan anda supaya mereka boleh faham kesannya terhadap diri anda.

3. Anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup yang akan memperbaiki kesihatan anda secara amnya dan mungkin membantu dalam menangani PMS.

Ini termasuk:

1. Makan makanan yang seimbang yang kaya dengan karbohidrat kompleks dalam kuantiti kecil tetapi kerap setiap dua hingga tiga jam.

2. Kerap bersenam. Sasarkan tiga hingga lima sesi senaman seminggu selama 30 minit setiap sesi. Berenang, berbasikal ok jer.

3. Jika anda merokok, berhenti merokok.

4. Kurangkan atau berhenti meminum minuman keras.

5. Pastikan tabiat tidur anda adalah tetap.

6. Pengurusan stres. Yoga dan senaman regangan lain serta senaman pernafasan dapat membantu.

Senaman sememangnya bagus kerana ia boleh memperbaiki mood anda

Jika dengan cara-cara di atas tak dapat membantu mengurangkan PMS, perlu berjumpa doktor. Anda akan dimulakan rawatan dengan pil hormon dan ubat-ubatan lain jika difikirkan perlu.

Sumber : Dr. Muhammad Izzat

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di