Siakap Keli

(Video) Telefon Wanita Meletup Dalam Kereta Lepas Tukar Bateri Tak ‘Ori’

Seorang wanita di Shanghai, China menjerit terkejut dan ketakutan apabila telefon pintarnya meletup dan terbakar hanya beberapa inci daripada wajah.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan telefon itu tiba-tiba terbakar ketika wanita tersebut sedang memandu.  Telefon yang diletakkan di papan muka kereta meletup sebelum terbakar sehingga mengeluarkan api beberapa saat kemudian.

Pemandu yang terkejut dengan kejadian itu terus memberhentikan keretanya ke bahu jalan.  Jiang, suami wanita tersebut mendakwa peranti tersebut adalah jenis iP**** 6.  Dia memberitahu bahwa mereka baru sahaja membawanya ke kedai baik pulih peranti dan menggantikannya dengan bateri yang tak tulen.

Syarikat tersebut mendakwa mereka sebagai pakar membaik pulih peranti dan caj untuk menukar bateri hanya 99 yuan (RM50).

Walaupun isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan, namun dikatakan dia masih terkejut dengan insiden yang memeranjatkan itu. Dia yakin punca kejadian adalah disebabkan bateri yang baru sahaja ditukar.

Isu ini telah dibawah kepada Persatuan Pengguna Shanghai untuk siasatan lanjut.

Sumber: Nextshark

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Tambah komen

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di