Siakap Keli

Bajet Kecil Tapi Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini 3 Negara Asia Termurah Boleh Anda Lawati

‘Makan angin’ dengan melancong atau bercuti menjadi terapi diri untuk sebahagian ramai dari kita. Siapa sahaja yang tidak suka merehatkan diri dengan menikmati percutian. Jauh dari tekanan kerja dan dapat menenangkan diri.

Sebut je pasal tempat bercuti, kalau anda nak tahu, laporan oleh World Economic Forum Edisi 2017-2018, telah menyenaraikan Amerika Syarikat sebagai negara yang paling banyak dilawati pada tahun 2017.

Sebut sahaja Los Angeles, Grand Canyon, Las Vegas, berpusu-pusu pelancong yang datang. Sebanyak 50 negeri, pastinya negara uncle Sam itu menawarkan terlalu banyak tempat untuk dilawati kepada pengunjung.

Tapi dengan kekangan bajet yang terhad, tak semua orang berpeluang untuk sampai ke negara empat musim itu. Tambah pula dengan tukaran matawang yang tinggi, tersedak juga dibuatnya bila bawa satu keluarga.

Tapi siapa kata anda tak mampu menikmat percutian ke luar negara dengan bajet yang kecil? Tak perlu pergi jauh, dalam Asia sudah cukup banyak negara menarik untuk dilawati.  Dengan kos perbelanjaan minima, setiap destinasi yang anda kunjungi pasti menjanjikan pengalaman berbaloi. Bajet kecil? Tak perlu bimbang, jom kita ”checklist” 3 negara di Asia ini yang kami sarankan untuk anda lawati.

Sebut sahaja negara jiran kita Thailand, pasti terbayang pelbagai lokasi popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Hatyai dan Krabi. Apa kata kali ini kita ke Chiangmai pula, wilayah kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Digelar sebagai ibu kota utara, ”capital of North” oleh para penggemarnya, di sini anda mampu berbelanja dengan bajet yang murah dan berpatutan.

Diliputi dengan keunikan monument-monumen kuno dinasti Lanna yang tidak hilang ditelan zaman bersama puluhan wat ataupun tokong Buddha, membawa anda menyelami sejarah tempat ini dengan lebih dekat. Tapi bukan itu saja, tarikan utama adalah lebih pada 10 kampung yang terletak di sekitar Chiang Mai. Sudah tentu bukan kampung biasa yang anda pernah lihat setiap hari.

Apa yang menariknya, kampung-kampung di sini menjadi tumpuan pelancong kerana ciri klasik dan tradisional yang terdapat pada setiap binaan rumah. Salah satunya Doi Pui, kawasan perkampungan ala-ala hobbit. Sampai je di Chiang Mai, jangan lepaskan peluang menjejakkan kaki ke sini.

Digelar ”Hobbit Thailand”, keindahan kampung ini yang dikelilingi dengan kehijauan pasti memberikan ketenangan kepada anda! Kalau nak tahu, Thailand juga muncul sebagai negara yang kedua paling banyak dikunjungi pelancong pada tahun 2017 dan juga antara destinasi yang pelancongan yang termurah di dunia.

Destinasi seterusnya ialah Hanoi,Vietnam. Mungkin bukan masih destinasi popular untuk dikunjungi oleh rakyat negara ini tapi apa yang bestnya Vietnam menjadi negara yang paling murah untuk dikunjungi di rantau Asia. Senang cakap negara yang sarat dengan 20,000 destinasi tarikan pengunjung ini boleh dilawati dengan bajet yang rendah.

Pelancong boleh melawati Imperial Chitadel Tang Long yang merupakan tapak warisan unesco dan menikmati Thang Long Water Puppet Theatre, sebuah pertunjukan seni Vietnam berupa boneka yang dimainkan diatas air. Persembahan ini bakal menjanjikan suatu pengalaman yang penuh nostalgia kepada semua penggemar wayang kulit tempatan.

Lokasi seterusnya sudah tentu Phnom Penh, Kemboja. Menjadi daya tarikan pelancong kerana Phnom Penh sarat dengan khazanah alam sekitar dan monumen bersejarah yang kaya dengan sejarah negara itu. Antara khazanah alam yang sering mendapat perhatian ramai ialah Sungai Mekong dan Silver Pagoda.

Sungai Mekong menjadi sungai yang terpanjang di dunia dengan mengalir melalui 6 buah negara iaitu China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Anda perlu merasai sendiri pengalaman menaiki sampan-sampan berwarna-warni dipenuhi dengan riuh peniaga yang menjadi suasana lazim di sungai Mekong.

Sambil menikmati keindahan sungai, anda juga boleh merasai makanan tempatan di pasar terapung ataupun “floating market” yang kaya dengan makanan yang beraneka jenis dan juga barangan harian. Kunjungan ke sini memang menjanjikan pengalaman berbaloi!

Dah puas di situ, jom kita kunjungi Silver Pagoda yang memaparkan seni bina yang unik. Ianya merupakan bangunan marmar yang menjadi rumah kepada patung Buddha emas yang berdiri tegak dengan dihiasi 90kg ribuan batu berlian. Silver pagoda sememangnya akan menjadi  tumpuan penggemar seni bina klasik.

Kalau nak diikutkan, tak habis untuk kami kongsikan pelbagai tempat menarik kerana banyak lagi yang boleh anda lawati. Boleh dikatakan, negara di rantau Asia sememangnya berpotensi sebagai lubuk pengunjung barat mahupun tempatan dengan kekayaan sejarah dan keunikan alam sekitarnya.

Jika ada yang berhajat bercuti ke sana, anda tahu tak terdapat cara yang berbaloi untuk melancong ke luar negara dengan bajet yang minima. Ha apa yang best, ada di antaranya, menawarkan potongan sehingga separuh harga ! Takkan nak tengok je?

Caranya pilih saja pakej pelancongan yang sesuai dengan bajet, percutian anda pasti terisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Tak perlu risau kerana ejen pelancongan seperti Traveloka , KKDay and Klook ini boleh dipercayai dalam memberikan pakej pelancongan yang terbaik mengikut bajet.

Jadi apa tunggu lagi, tempah je tiket pergi balik anda dengan agensi penerbangan seperti AirAsia dan Malaysia Airlines sekarang bagi mendapatkan harga promosi. Dengan promosi dan diskaun yang ditawarkan, tiada alasan lagi, semua mampu terbang ke serata negara Asia !

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.