Siakap Keli

Bilah Kipas Tiba-Tiba Terpelanting Terkena Adik, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Ngeri

Perkakasan eletrik yang berada di rumah seharusnya diperiksa dalam satu jangka masa tertentu agar kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Luaran mungkin terlihat masih berada dalam keadaan elok, namun ada perkakasan eletrik di rumah yang telah lama digunakan dan perlu diselenggara semula.

Seperti kejadian yang berlaku baru-baru ini, seorang gadis berkongsi pengalaman negeri yang berlaku di rumahnya apabila satu bilah kipas yang sedang berfungsi tiba-tiba sahaja terpelanting dan mengenai adiknya.

Mujurlah tiada kecederaan yang berlaku kipas kerana dipasang dalam keadaan perlahan. Moga kisah ini dapat dijadikan pengajaran agar orang ramai berhati-hati dan mengambil langkah awal memeriksa segala perkakasan elektrik yang ada di rumah masing-masing.

Sewaktu kejadian berlaku, keadaan kipas tidak laju kerana berada dalam mode ‘normal speed’.

 

Setelah diperiksa, terdapat kesan terbakar di dalam kipas.

Rupa-rupanya sebelum kejadian kipas memang mengeluarkan bunyi tapi terus digunakan secara biasa kerana mereka menganggap tiada apa-apa yang akan berlaku.

Moga dapat dijadikan pengajaran buat semua agar berhati-hati kerana malang tidak berbau.

Sumber : Twitter itsmekhairina

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.