Siakap Keli

”Mungkin Sepenggal Tak Cukup Untuk Kami Laksana Sebahagian Manifesto 10 Janji 100 Hari Pakatan” – Tun M

Untuk mendapatkan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Pakatan Harapan menawarkan pelbagai janji melalui manifestonya, termasuk 10 janji yang diikrar akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui adalah mustahil bagi mereka untuk memenuhi kesemua janji tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Menjelaskan kepada sebuah portal berita pada hari ini, manifesto itu katanya ditulis berdasarkan apa yang mereka ketahui tentang Kerajaan Persekutuan pada masa itu.

Malangnya,  selepas mengambil alih kerajaan, baru mereka menyedari kedudukan negara berada dalam keadaan jauh lebih teruk.

Kerajaan baru bukan sahaja terpaksa membuang sesetengah individu tapi beberapa perkara juga perlu diluluskan Parlimen dan mengambil masa untuk membawanya ke Dewan. Jadi mereka memerlukan sedikit masa lagi bagi memenuhi semua janji itu.

Jelas Tun Mahathir, apa yang mampu kerajaan lakukan ketika ini ialah memulakan proses bagi memenuhi segala janji yang ditawarkan.

Tambahnya, kemungkinan tempoh (pemerintahan) sepenggal tidak mencukupi, tetapi kebanyakan janji manifesto akan dipenuhi dalam tempoh berkenaan.

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.