Siakap Keli

Nampak Profesional Tapi Pelik, Bukan Curi Wang Tapi Cuma Ribuan Tin Minuman Tenaga Benilai Lebih RM 4 Juta

Sekumpulan perompak yang mungkin merasa dahaga bertindak melarikan lebih daripada 300 palet minuman tenaga Red Bull daripada sebuah gudang di Brussel, Belgium.

Pihak polis mengandaikan kejadian rompakkan tersebut didalangi oleh kumpulan profesional dengan anggaran kerugian hasil rompakan tersebut mencecah 1 juta Euro (RM 4.65 juta).

Ribuan tin minuman Red Bull yang terkenal dengan slogan, ”Red Bull Gives You Wings” dikatakan dilarikan pada Ahad lalu daripada sebuah stor industri berhampiran dengan sempadan negara Perancis. Stor tersebut juga terletak berdekatan dengan jalan yang menghubungkan bandar Ghent, Belgium dengan Lille, Perancis.

Menurut pihak berkuasa, berdasarkan penelitian ke atas rakaman kamera pengawasan litar tertutup, mereka percaya bahawa kesemua perompak-perompak mengambil masa selama 12 jam untuk melarikan keseluruhan muatan Red Bull yang boleh memuatkan 11 trak.

Polis juga percaya bahawa kejadian rompakkan tersebut turut dibantu dengan penglibatan orang dalam.

Stor Menempatkan Red Bull Yang Dicuri

Bagaimanapun, insiden tersebut dianggap lucu oleh penduduk Belgium dengan sebuah akhbar tempatan melaporkan kejadian tersebut dengan tajuk ”nampaknya 950,000 tin diberikan sayap”, seolah-olah memperolok-olok slogan jenama tersebut.

Red Bull diasaskan pada 1980 oleh seorang ahli perniagaan berbangsa Austria, Dietrich Mateschitz. Red Bull merupakan antara penaja utama aktiviti sukan di seluruh dunia.

Sumber : Gulf of Times

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.